INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI
Previous Next

Mufti Bersama Mahasiswa "Fiqh Tabayyun"

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Anjuran Bahagian Fatwa dengan kerjasama Universiti Malaya telah berlangsung satu Program Mufti Bersama Mahasiswa  pada 7 Disember 2019 bersamaan 10 Rabiulakhir 1441H (Sabtu). Program ini berlangsung di dewan Johor Akademi Islam Universiti Malaya, Nilam Puri bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.

        Pendaftaran peserta dan sarapan pagi  pada jam 8.00 pagi -9.00 pagi. Para peserta terdiri daripada Mahasiswa Universiti Malaya, Nilam Puri seramai 300 orang peserta. Memulakan dengan pembukaan majlis oleh YBrs pengerusi majlis YBrs Tuan Haji Zamri. Seterusnya pengerusi majlis menjemput YBrs Tuan Haji Naim Bin Md Ghazali , Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kelantan sebagai moderator untuk meneruskan acara pada majlis tersebut. Pembentang kertas kerja pertama oleh YBrs Tuan Haji Mohd Erfino Bin Johari, Ketua Pegawai Korporat, My Sutera Sdn. Bhd. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk : “Islam, Raja-Raja Mengikut Perspektif Perlembagaan”. Beliau telah menerangkan dengan panjang lebar tentang kewajipan mencintai tanah air, Islam dalam perlembagaan Persekutuan. Kedudukan Raja Melayu dalam perlembagaan.

        Program diteruskan dengan Bicara Mufti “Fiqh Tabayyun” dan Soal Jawab bersama YB. Sahibus Samahah Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Kelantan. Moderator oleh YBrs Al- Fadhil Ustaz Wan Muhammad Ezani B.Wan Abdullah, Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan. YB Sahibus Samahan Dato’ Mufti menberi penjelasan secara ditil “Fiqh Tabayyun” Kepada Mahasiswa yang akan meneruskan kelangsungan hidup beragama di negara ini. Program ini akan memberikan input yang optimum kepada para mahasiswa untuk mendepani isu dan cabaran masa depan berdasarkan waqie sebenar. Seterusnya mahasiswa diberi peluang untuk bersoal jawab bersama YB. Sahibus Samahah  Dato’ Mufti berkaitan isu –isu semasa yang membelenggu dalam fikiran para mahasiswa.

        Majlis Perasmian penutup oleh YBrs .Dr Nur Hazrul B.Mohd Salleh, Timbalan Pengarah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri. Objektif program ini ialah dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa maklumat terkini isu-isu semasa untuk difahami, Mengaplikasikan kaedah fiqh tabayyun di dalam situasi semasa serta merapatkan hubungan antara golongan akademik dalam Negeri Kelantan dengan Jabatan Mufti Negeri Kelantan.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search