Articles
Bengkel Dalaman Staf Falak: Asas Falak & Astronomi (Siri 2)
- Asyraf Hasan
- Berita Terkini
Pada tarikh 4 -5 Disember 2019 bersamaan 7-8 Rabiulakhir 1441H. Unit Falak Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah mengadakan Bengkel Dalaman untuk Staf Asas Falak dan Astronomi (Siri 2) bertempat di Balai Cerap Kota Bharu, Kg Kubang Rawa , Salor, Kota Bharu, Kelantan.
Bengkel ini berlangsung selama dua hari . Seramai sepuluh (10) orang peserta yang terdiri daripada staf bahagian Falak dan staf bahagian Fatwa. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan secara lebih terperinci tentang bidang astronomi, iaitu cara atau teknik penggunaan peralatan teleskop dengan lebih mahir dan efisyen.
Penceramah pada bengkel dalaman untuk staf falak asas falak dan astronomi (siri 2) iaitu YBrs. Dr. Mahamarowi Bin Omar, Ahli Astronomi yang juga pengendali di Balai Cerap tersebut.. Aktiviti pada hari pertama program tersebut iaitu memahami susunan alam semesta , mengenali asas teleskop, cara mengendalikan /penggunaan teleskop matahari serta memahami fenomena matahari. Kaedah memproses imej matahari menggunakan perisian serta mencerap, memerhati dan memproses imej planet, bulan, bintang dan buruj.
Pada hari kedua, diteruskan dengan mempelajari signifikasi matahari terhadap manusia, serta tujuan & kepentingan mempelajari astronomi .Pada akhir bengkel , para peserta berpeluang untuk sesi interaktif dan soal jawab bersama penceramah. Bengkel dalaman untuk staf berakhir jam 4.30 petang.