A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Persoalan Semasa Halangan (Mawani’) Tuntutan Dan Pengurusan Harta Faraid

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2009

 

PERSOALAN SEMASA HALANGAN (MAWANI’) TUNTUTAN DAN PENGURUSAN HARTA FARAID

 

Kategori: Faraid

 

 

KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada  22  Febuari 2009 telah membincangkan Isu Persoalan Semasa Halangan ( Mawani’ ) Tuntutan Dan Pengurusan Harta Faraid dan telah bersetuju membuat keputusan   seperti  berikut :-

 

1. Bagi halangan untuk mendapatkan harta faraid disebabkan oleh pembunuhan iaitu pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang berhak menerima pusaka samada ianya di kategorikan sebagai pembunuhan secara Al-‘Amdu (sengaja), Shibhul ‘Amdu (seumpama sengaja), Al-Khata’ ( tidak sengaja) yang di sabitkan secara ikrar atau diputuskan di Mahkamah Sivil, pihak pewaris lain hendaklah terlebih dahulu membuat tuntutan di Mahkamah Syariah negeri untuk mendapatkan keputusan supaya pembunuh tersebut terkeluar daripada senarai mereka yang layak menerima pusaka.

 

2. Bagi halangan untuk mendapatkan harta faraid disebabkan perbezaan agama, iaitu orang yang layak menerima pusaka itu keluar daripada agama Islam samada secara ikrar, perbuatan dan Iktiqad` atau ianya di buat melalui akuan staturi atau perisytiharan “deed pole’ maka pewaris-pewaris yang lain hendaklah mendapatkan pengesahan dan keputusan daripada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan orang yang keluar daripada agama islam ini daripada senarai mereka yang menerima pusaka.

 

3. Bagi tuntutan harta sepencarian oleh suami atau isteri yang disabitkan membunuh pasangan mereka, halangan membunuh tidak boleh dijadikan ‘illah untuk menghalang mereka daripada membuat tuntutan harta sepencarian.

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search