A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1439 Hijriah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2018

 

CADANGAN PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN TAHUN 1439 HIJRIAH

(Kertas Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil : 6/1/2018).

 

Kategori : Zakat

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 02 Mei 2018 bersamaan 16 Syaaban 1439 Hijriah bertempat di bilik mesyuarat tingkat 4, Majlis Agama Islam Kelantan telah membincangkan  isu mengenai Cadangan Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1439 Hijrah

1. Mesyuarat memulakan perbincangan mengenai cadangan ini dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.

2. Setelah membincangkan cadangan ini, mesyuarat bersetuju menetapkan harga zakat fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1439 hijrah ialah sebanyak RM 7.00.

3. Keputusan ini di bawah berdasarkan purata harga beras semasa yang menjadi makanan umat Islam di Negeri Kelantan yang bernilai RM 2.58 satu kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.7 kilogram.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search