A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Kertas Cadangan Mendapatkan Pinjaman Daripada Kumpulan Wang Zakat Ke Kumpulan Wang Baitul Mal Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2014

 

KERTAS CADANGAN MENDAPATKAN PINJAMAN DARIPADA KUMPULAN WANG ZAKAT KE KUMPULAN WANG BAITUL MAL MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN.

            (Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 5/3/2014)

            Kategori: Zakat

            Mesyuarat  Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 08 Safar 1436 Hijrah bersamaan 01 Disember 2014 Masehi telah membincang kan isu mengenaiKertas Cadangan Mendapatkan Pinjaman Daripada Kumpulan Wang Zakat Ke Kumpulan Wang Baitul Mal Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan telah bersetuju  seperti berikut :

            Huraian :

            1.         Dato’ pengerusi memaklumkan bahawa beliau telah dihubungi oleh pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan untuk mendapatkan pandangan tentang hukum meminta pinjaman (Istidanah) wang daripada kumpuan wang zakat Majlis Agama Islam Kelantan ke  Kumpulan Wang Baitul Mal Majlis Agama Islam Kelantan.

            2.         Keperluan bagi mendapatkan pinjaman tersebut diperlukan kerana Kumpulan Wang Baitul Mal Majlis Agama Islam Kelantan menghadapi masalah kekurangan aliran wang tunai bagi bulan Disember ini sebanyak RM2 juta.

            3.         Pihak pengurusan Majlis Agama Kelantan memaklumkan sekiranya pinjaman wang zakat ini diharuskan, wang tersebut akan diganti semula daripada Kumpulan Wang Baitul Mal kepada Kumpulan Wang Zakat pada awal tahun 2015 sebaik sahaja Majlis Agama Islam Kelantan mendapat peruntukkan 12.5% atau 1/8 daripada bahagian amil bagi tahun 2014 iaitu dianggar sebanyak RM18 juta.

            4.         Kekurangan aliran wang tunai daripada Kumpulan Wang Baitul Mal Majlis Agama Islam Kelantan berlaku disebabkan perbelanjaan luar jangka yang terpaksa ditampungoleh Majlis Agama Islam Kelantan seperti penubuhan syarikat-syarikat perniagaan bagi membantu asnaf zakat, pertambahan kuasa dalam projek yang dilaksanakan dan pembelian hartanah-hartanah yang berpotensi.

            Keputusan :

            1.         Setelah membincangkan isu ini, mesyuarat bersetuju membuat keputusan bahwa minta pinjaman (Istidanah) wang sebanyak RM2 juta daripada wang zakat kepada Kumpulan Wang Baitul Mal Majlis Agama Islam Kelantan adalah diharuskan dengan syarat pinjaman tersebut digantikan semula ke akaun Kumpulan Wang Zakat majlis dengan kadar segera apabila Majlis Agama Islam Kelantan mendapat peruntukkan tahunan sebagai amil zakat pada tahun 2015.

            Keputusan ini dibuat berrdasarkan hujah berikut:

                        1)         Hukum Istidanah wang zakat.

                 Para ulama’ berselisih pandangan tentang keharusan istidanah wang zakat. Jemaah ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan mentarjihkan pendapat yang menyatakan bahawa wang zakat harus diistidanah. Kerana (الغارمين) adalah layak menerima zakat, dan mereka tidak perlu membayar balik. Sedangkan Majlis Agama Islam Kelantan selaku amil layak menerima zakat dan akan menggantikan semula wang zakat yang diistidanah, tentulah lebih aula. Ulama’ yang berpandangan tentang istidanah wang zakat keranah hajat ialah Syeikh Dr. Yusuf Qardhawi, Syeikh Abu Zahrah dan Syeikh Abdul Wahab Khalaf.

2)        Namun begitu para ulama’ yang mengharuskan istidanah wang zakat kepada yang berhajat telah menetapkan syarat-syarat keharusan untuk tujuan tersebut iaitu: hendaklah istidanah itu bagi membiayai urusan yang tidak bertentangan dengan syara’. Namun jika ia bertujuan untuk membiayai perkara yang bercanggah dengan syara’ seperti melakukan perkara yang disifatkan sebagai pembaziran maka istidanah wang zakat tidak diharuskan.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search