INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

PENETAPAN NISAB ZAKAT MATAWANG MALAYSIA DAN LAIN-LAIN HARTA BAGI HAUL ANTARA RAMADHAN 1429H HINGGA RAMADHAN 1430H

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2008

 

PENETAPAN NISAB ZAKAT MATAWANG MALAYSIA DAN LAIN-LAIN HARTA BAGI HAUL ANTARA RAMADHAN 1429H HINGGA   RAMADHAN 1430H

 

Kategori : Ibadat (Zakat)

 

 

Keputusan :

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2008 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada  30  April  2008 telah membincangkan Isu Penetapan Nisab Zakat Matawang Malaysia Dan Lain-Lain Harta Bagi Haul Antara Ramadhan 1429h Hingga Ramadhan 1430h dan telah bersetuju  menetapkan seperti  berikut :

 

Nisab Zakat mata wang Malaysia dan lain harta bagi haul antara Ramadhan 1429H hingga Ramadhan 1430H ialah RM7,788.88.

 

ISU DAN MASALAH

 

Jemaah Ulamak Majlis telah menggariskan ketetapan bahawa kadar nisob zakat harta hendaklah dibuat dan diisytiharkan pada awal bulan Ramadhan setiap tahun bagi panduan muslimin dan muslimat di negeri ini yang diwajibkan mengeluarkan zakat dari harta mereka. Kadar nisab zakat tersebut adalah dengan berdasarkan kepada harga pasaran semasa emas dengan berpandukan kadar nisab asalnya iaitu 20 miskol yang bersamaan dengan 31.25 riyal berat atau 85 gram emas.

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search