A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Penetapan Harga Zakat Fitrah Tahun 1429H

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2008

 

PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 1429H

 

Kategori : Ibadat (Zakat)

 

 

Keputusan :

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 2/2008 di Bilik Mesyuarat Tingkat Empat Majlis Agama Islam Kelantan  pada  30  April  2008 telah membincangkan Isu Penetapan Harga Zakat Fitrah Tahun 1429h dan telah bersetuju  menetapkan seperti  berikut :

 

Harga Zakat Fitrah pada tahun 1429H/2008M bagi Negeri Kelantan telah ditetapkan sebanyak RM 7.60.

 

 

 

 

 

ISU DAN MASALAH

 

Di negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan menetapkan zakat fitrah yang mesti dibayar kepada majlis hendaklah dengan wang tunai yang sama nilai satu gantang baghdad harga beras. Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1428H telah menetapkan harga zakat fitrah sebanyak RM4.80 berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg. Manakala harga beras pula berdasarkan tinjauan di pasar-pasar Bandar utama negeri Kelantan dan harga yang diguna pakai oleh padi beras nasional berhad (BERNAS). Kadar harga yang ditetapkan oleh Bernas adalah selaras dengan harga yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search