A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Penetapan Kadar Perbelanjaan Dharuriat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA 1999

PENETAPAN KADAR PERBELANJAAN DHARURIAT

 

Kategori    : Zakat

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 12 September 1999 telah membincangkan mengenai Penetapan Kadar Perbelanjaan Dhoruriat dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

Setelah menimbang dan mengambil kira berbagai aspek terutama yang berkaitan dengan perbelanjaan keperluan asasi harian berasaskan perbelanjaan masa kini, mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

 

(i)           Ketetapan kadar perbelanjaan dhoruriat yang paling sederhana bagi satu tahun untuk diri dan keluarga di bawah tanggungan ialah:

 

                Perbelanjaan diri- RM 5,000

               

                Perbelanjaan isteri – RM 3,000

 

                Perbelanjaan Anak- Anak – RM 2,000

 

Walau bagaimanapun, ketetapan kadar ini adalah sebagai panduan umum sahaja untuk dijadikan asas dalam taksiran zakat tersebut kerana kadar sebenar perbelanjaan dhoruriat bagi seseorang bergantung kepada bilangan keluarga di bawah tanggungan serta keperluan perbelanjaan dhoruriat yang ditanggungnya seperti perbelanjaan pelajaran dan lain-lain.

 

(ii)         Oleh kerana zakat penggajian dikategorikan dalam jenis zakat badani menurut ketentuan syarak, maka ia tidak harus digagahi supaya seseorang itu mengeluar zakatnya melainkan haruslah diberi dorongan atau galakan agar tertanam di dalam diri akan tanggungjawab syarie supaya mengeluar zakat tersebut dengan kesedaran ia adalah salah satu rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam.

 

Huraian:

 

Kertas berhubung cadangan kaedah pelaksanaan kutipan zakat dan penetapan kadar dhoruriat untuk pelaksanaan kutipan zakat penggajian bagi negeri Kelantan dibentang untuk perbincangan mesyuarat.  Mesyuarat mengambil maklum bahawa ketetapan kadar perbelanjaan dhoruriat adalah mustahak untuk membolehkan Pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan melaksanakan fatwa zakat gaji yang telah diwartakan.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search