A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Perlantikan Amil Zakat Dari Agensi Kerajaan – Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA PERLANTIKAN AMIL ZAKAT DARI AGENSI KERAJAAN – JABATAN HASIL DALAM NEGERI  (JHDN)

 

Kategori   : Zakat

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 7 November 1994 telah membincangkan mengenai Perlantikan Amil Zakat dari Agensi Kerajaan – Jabatan Hasil Dalam  Negeri  (JHDN) dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Setelah membincang dengan mendalam dari semua aspek termasuk syarat-syarat kelayakan menjadi amil menurut hukum syarak, manfaat atau keuntungan kepada maslahat umat Islam, baik kepada pembayar zakat itu sendiri mahupun golongan yang berhak menerima zakat di negeri-negeri, serta faedah yang akan diperolehi oleh pihak berkuasa Agama Negeri dari skim bayaran zakat melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri, maka mesyuarat bersetuju membuat keputusan sebagaimana berikut  :-

 

Pada dasarnya langkah yang telah diambil oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk membantu dan menolong Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dalam menambahkan pendapatan hasil pungutan zakat adalah suatu usaha yang boleh diterima dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan tidak berlawanan dengan pentadbiran negeri dan fatwa ulama’.

 

Huraian:

 

Mesyuarat yang membincang Kertas Kerja yang berjudul (Urusan dan Metodologi  Pungutan Zakat melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri) yang disediakan oleh pihak Jabatan Hasil Dalam Negeri, Kuala Lumpur dimana kertas kerja tersebut telah dibentang dalam bengkel agihan dan penyelarasan kutipan zakat peringkat kebangsaan yang diadakan pada 24 – 27 Oktober 1993. Kertas tersebut menjelaskan cadangan Jabatan Hasil Dalam Negeri untuk menjalankan usaha pungutan zakat melalui sistem gabungan pungutan cukai pendapatan dan zakat bagi membantu Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dalam menambahkan hasil pungutan zakat tertentu iaitu zakat wang simpanan, zakat pendapatan (المال المستفد), zakat perniagaan, zakat saham dan zakat emas perak.

Kertas tersebut juga menerangkan tentang tahap kemampuan Jabatan Hasil Dalam Negeri dalam mengendalikan rancangan tersebut berasaskan pengalaman dalam mengendalikan pungutan cukai pendapatan yang di bawah tanggungjawabnya. Dari segi kelayakan sebagai Amil pula, syarat-syarat yang ada pada pegawai samada pegawai atasan atau pegawai-pegawai bawahan adalah menepati dengan kehendak hukum syarak.  Demikian menurut kertas tersebut.  Walau bagaimanapun penentuan kadar zakat, masalah haul, penentuan hak milik, sempurna milik ( ملك تام ) dan lain perkara yang bersangkutan dengan hukum akan diputuskan oleh (Jawatankuasa Teknikal Penyelarasan Undang-Undang Syarak Dan Sivil Jabatan Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri ) sebelum tindakan seterusnya diambil.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search