A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Bagi Cadangan Meminjam Wang Zakat Untuk Projek –Projek Pembangunan Majlis Agama Islam Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA BAGI CADANGAN MEMINJAM WANG ZAKAT UNTUK PROJEK –PROJEK PEMBANGUNAN  MAJLIS  AGAMA ISLAM KELANTAN

 

Kategori    :  Zakat

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 18 dan 20 Ogos 1993 telah membincangkan mengenai Cadangan Meminjam Wang Zakat Untuk Projek – Projek Pembangunan  Majlis  Agama Islam Kelantan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Bahawa harta zakat tidak boleh dita’aruf ( دتعرف) sama ada dalam bentuk pinjaman atau apa jua cara bagi maksud urusniaga atau lain – lain yang seumpamanya. Bahkan ianya hendaklah digunakan atau dibelanjakan kepada asnaf semata-semata menurut sebagaimana yang ditentukan oleh syarak.

 

 

 

 

 

 

 

Keterangan /Hujah:

 

Fatwa ini berdasarkan nas sebagaimana berikut:

 

 

(ا) (يجب أداؤها ) أي الزكاة وان كان عليه دين مستغرق حال الله أولآدمى فلا يمنع الدين وجوب الزكاة في الأظهار (فورا) ولو في مال صبي ومجنون.

 

لحاجة المستحقين اليها (بتمكن) من الأداء فان أخر أثم وضمن ان تلف بعده.

 

Maksudnya:

 

Zakat wajib disegerakan sekalipun seseorang itu menanggung hutang yang lebih besar baik hutang Allah mahupun hutang dengan manusia. Justeru itu hutang tidak boleh menghalang wajib disegerakan zakat menurut pendapat yang azhar, walaupun ianya melibatkan harta kanak-kanak atau orang gila, semata-mata bagi memenuhi hajat orang yang berhak menerimanya, bilamana adanya masa yang membolehkan ianya  dikeluarkan. Maka jika dilambat-lambatkan berdosa hukumnya dan jika rosak selepasnya dikenakan gantian.

 

 

(( (وحرم) تأخيرها أي الزكاة بعد تمام الحول والتمكن (وضمن ان تلف بعد تمكن ) بحضور   المال والمستحق أو أتلفه بعد حول ولو قبل التمكن كما مربيانه))

 

Maksudnya:

 

Dan haram menangguhkan zakat setelah cukup haul serta ada masa yang membolehkan ianya dikeluarkan. Zakat wajib diganti jika berlaku kerosakkan setelah ada masa untuk menunaikannya iaitu ada harta dan ada orang yang berhak menerimanya atau pun kerosakkan itu berlaku selepas cukup haulnya, tetapi masih belum ada peluang untuk membolehkan ianya dikeluarkan sebagaimana dinyatakan sebelum ini.

 

Petikan dari kitab Ia’nah Al-Talibin juzu’ kedua halaman 175 ,176 dan 186

 

 

رأت اللجنة أن الاصل حفظ هذه الأموال لتوزيعها على المستحقين هي وما يتكون له من نماء بصورة طبيعية عن طريق الدر والنسل – في الانعام- وعن طريق ارتفاع الأسعار في أعيان الزكاة .أما الاستثمار فلم نطلع على تصريح بما يسوغه شرعا, لكن لا مانع – ان شاء الله تعالى-

من تنمية أموال الزكاة بالصورة التي يؤمن عد م نقصها, وذلك اذا توفرت ضمانات يتحمل ما يطرأ من خسارة بحيث تظل المبالغ الأصلية كما هي, ويضم اليها ما ينشأ من عائد لتوزيع الجميع المستحق دون اخلال بدواعي التوزيع الدوري والطارىء. ويجب أن لا يترتب على هذا التصرف تأخير الصرف الى المستحقين بمجرد وجودهم اذ لا يجوز تأخير صرفها اليهم بقصد التأخير, بل يقتصر فيه على الحالات التي يحصل فيها التأخيرلمراعاة المصلحة الراجحة لوجود الصرف ومواعيده, ولا عبرة قصد الاستثمار وحده فإنه لا يصار اليه للسبب المبين

 

 

Maksudnya:

 

Majlis Fatwa, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait dalam sidangnya yang berlangsung pada 17 Rabiulawal 1403 bersamaan 31 Januari 1983 telah membuat keputusan seperti berikut:

“ Majlis fatwa berpendapat, bahawa penyimpanan harta-harta zakat pada asalnya adalah  bertujuan untuk proses pengagihan kepada golongan yang berhak dari harta zakat itu sendiri dan apa-apa perolehan  hasil darinya secara tabie menerusi susu dan anak bagi binatang ternakan dan menerusi kenaikan harga bagi zakat harta benda.”

Adapun masalah pelaburan harta zakat, maka kami belum dapati keterangan nas yang jelas menunjukkan tentang keharusannya dari segi syarak. Walau bagaimanapun tidaklah ada halangan untuk menyuburkan harta zakat asalkan ianya terkawal dan terselamat dari sebarang kekurangan.

 

Untuk berbuat demikian hendaklah ada jaminan bahawa wang yang dilaburkan itu tidak akan berlaku sebarang kerugian dimana ianya dapat mengekalkan pada kadar harga yang asal dimasukkan bersama apa-apa perolehan hasil pelaburan itu untuk diagihkan kepada golongan yang berhak tanpa berlaku sebarang kecacatan, dan ekoran dari itu wajib dijaga jangan sampai kerana urusan pelaburan menyebabkan berlaku kelewatan kepada usaha pengagihan harta itu kepada golongan yang berhak, kerana tidak harus berlaku kelewatan pengagihan kerana semata-mata tujuan pelaburan walau bagaimanapun kelewatan itu  dibolehkan atas sebab  maslahat dan kepentingan yang jelas umpamanya untuk pengurusan dan penjadualan agihan. Adapun pelaburan semata-mata tidak diambil kira.

 

(Petikan dari kitab al-Mursyidin li ahkam az-zakat oleh Ahmad Abdul Aziz Al-Muzini)

 

 

 

 

Huraian:

 

Satu kertas cadangan mengenai perkara yang tersebut di atas telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Majlis yang kandungannya menggariskan tujuan dan matlamat majlis di bidang Pembangunan Ekonomi. Kertas itu juga menerangkan rangka perbincangan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Majlis untuk memenuhi tujuan tersebut. Memandangkan projek yang akan dilaksanakan itu memerlukan kewangan yang besar maka suatu cadangan telah dikemukakan oleh bahagian berkenaan  supaya dapat membuat pinjaman wang zakat yang dipungut oleh majlis dimana bayaran balik pinjaman tersebut akan dilakukan dari perolehan  berikut:-

 

  1. Keuntungan yang diperolehi dari pelaburan yang dilaksanakan mengikut hukum syarak.

 

  1. Perolehan  pendapatan dari sumber sewaan kedai, rumah kediaman atau lain –lain projek perindustrian yang dilaksanakan menurut hukum syarak .

 

  1. Pelaburan dalam industri percetakan dan lain-lain penerbitan untuk tujuan perniagaan.

 

Mesyuarat telah menyemak serta meneliti kandungan kertas tersebut dari segenap sudut dengan berpandukan pandangan-pandangan dan nas-nas syarie.

 

Rumusan yang dihasilkan dari perbincangan tersebut ialah:-

 

1. Bahawa aktiviti yang memerlukan pinjaman wang zakat itu tidak termasuk dalam asnaf zakat, tetapi merupakan aktiviti perniagaan yang tertakluk kepada untung rugi serta risiko yang tinggi.

 

2. Penggunaan wang zakat untuk tujuan sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas tersebut menyebabkan berlaku penangguhan penggunaannya untuk dibelanjakan kepada asnafnya dan ini berlawanan dengan konsep zakat itu sendiri dimana zakat tidak boleh ditangguh-tangguhkan perbelanjaan kepada asnafnya kepada suatu tempoh yang agak lama.

 

4.       Tiada nas yang membolehkan harta zakat digunakan untuk tujuan-tujuan lain selain dari untuk tujuan asnaf jua.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search