A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Mengenai Pemindahan Zakat Ke Daerah Lain

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

MENGENAI PEMINDAHAN ZAKAT KE DAERAH LAIN

 

Kategori  :Zakat

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 1 Disember 1990 telah membincangkan Mengenai Pemindahan Zakat Ke Daerah Lain dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

 

Bagaimanakah kedudukan hukum syarak mengenai mengenai pemindahan zakat ke daerah lain.

 

1.       Pada dasarnya zakat perlu dibayar dan diagihkan secara tempatan.

 

2.       Pemindahan zakat dari daerah ke daerah yang lain dan dari negeri ke negeri yang     lain yang lebih memerlukan itu harus bersandarkan kepada hadis Rasulullah S.A.W kepada Muaz bin Jabal.

 

 

فاعلمهم ان عليهم صدقة تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم

 

Maksudnya:

 

Hendaklah kamu memberitahu kepada mereka bahawa diambil harta zakat dari kalangan mereka yang kaya maka diberi kepada golongan yang miskin di kalangan mereka.

 

Di mana orang-orang miskin di kalangan mereka itu yang ditunjukkan dalam hadis tersebut tidaklah terbatas kepada orang-orang Islam yang miskin tempatan (Yaman) bahkan termasuk orang-orang miskin di mana sahaja yang memerlukannya.

 

Juga bersandarkan kepada ayat:

انما الصدقات للفقراء والمساكين

 

Maksudnya:

 

Sesungguhnya harta zakat dan sedekah itu diberi kepada golongan fakir

dan miskin.

 

3.       Bahawa pengharusan pemindahan zakat adalah dilihat dari sudut keperluan yang lebih oleh satu negeri atau satu daerah.

 

4.        Pengharusan pemindahan zakat ini adalah bersesuaian dengan satu pandangan yang terdapat dalam Mazhab Syafie.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search