A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Penetapan harga Zakat Fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1425h

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PENETAPAN HARGA ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN  TAHUN 1425H

 

Kategori  :  Ibadat (Zakat)

 

 Keputusan  :

 

Mesyuarat Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 1/2004 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 4 Julai 2004 telah membincangkan isu  Penetapan Harga Zakat Fitrah Bagi Negeri Kelantan Tahun 1425H dan telah bersetuju  menetapkan  seperti berikut  :

 

Harga Zakat Fitrah bagi Negeri Kelantan tahun 1425H sebanyak RM 4.30

 

Huraian :

 

Keputusan ini dibuat berdasarkan harga beras semasa  yang bernilai RM 1.60 satu Kilogram didarabkan dengan satu gantang Baghdad yang beratnya 2.70 kilogram.

 

Di negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan menetapkan zakat fitrah yang mesti dibayar kepada majlis hendaklah dengan wang tunai yang sama nilai dengan satu gantang Baghdad harga beras.

 

Majlis Agama Islam Kelantan pada tahun 1424H telah menetapkan harga zakat fitrah sebanyak RM 4.30 berdasarkan sukatan satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg manakala harga beras pula berdasarkan tinjauan di pasar-pasar bandar utama negeri Kelantan dan harga yang diguna pakai oleh padi Beras Nasional Berhad(BERNAS)

 

Kadar harga yang ditetapkan oleh BERNAS adalah selaras dengan harga yang dikeluarkan oleh Kementeriaan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh pihak Majlis Agama dan BERNAS, beras yang paling banyak dijual ialah jenis gred super tempatan. Bagi beras import tiada kawalan harga dari pihak kerajaan harganya ditentukan oleh kuasa pasaran.

Hasil dari tinjauan, purata harga beras super tempatan di pasaran ialah antara RM1.60- RM 1.55 satu kg.

 

Berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 11 mac 2002, penentuan harga zakat fitrah bagi negeri-negeri adalah berdasarkan harga semasa bagi beras super tempatan yang beratnya satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70kg.

 

Tarikh keputusan : 04 Julai 2004

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search