A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Perkahwinan Orang Bukan Islam Kemudian Memeluk Islam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2016

 

HUKUM PERKAHWINAN ORANG BUKAN ISLAM KEMUDIAN MEMELUK ISLAM

(Kertas Mesyurat Jemaah Ulama’ Bil: 5/3/2016)

 

Kategori: Munakahat

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 11 Disember 2016 bersamaan 11 Rabiulawal 1437H  telah membincangkan isu mengenai Isu Hukum Perkahwinan Orang Bukan Islam Kemudian Memeluk Islam. Mersyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

 

1.    Sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri yang bukan Islam memeluk Islam dan hubungan antara pasangan ini tidak menghalang mereka daripada menjadi suami isteri dalam Islam, maka pernikahan mereka yang terdahulu diiktiraf dan diperakui. Pernikahan yang diiktiraf itu adalah hasil pernikahan yang berasaskan agama, budaya dan adat setempat sebelum mereka memeluk Islam. Pernikahan yang didaftarkan mengikut undang-undang sivil juga diiktiraf.

 

2.    Sekiranya salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam dan pasangan masih belum memeluk Islam sehingga tamat tempoh iddah Raj’ie, maka pernikahan mereka yang terdahulu adalah terbatal dan tidak diiktiraf. Sekiranya pasangan itu memeluk Islam sebelum tamat tempoh iddah Raj’ie, pernikahan mereka yang terdahulu adalah diiktiraf.

 

3.    Begitu juga sekiranya kedua-dua pasangan suami isteri memeluk Islam kemudian salah seorang daripada mereka telah murtad, jika yang murtad ini kembali semula kepada Islam sebelum tamat tempoh iddah raj’ie telah tamat, maka pernikahan mereka terbatal.

 

4.    Berkenaan isu nasab, pewalian dan pewarisan. Sekiranya pernikahan pasangan suami isteri yang bukan Islam kemudian memeluk Islam diiktiraf maka sabitlah ke atas mereka hukum–hukum perkahwinan yang ditetapkan dalam Islam seperti talak, iddah , nafkah, pewalian, taraf sah nasab, pewarisan dan sebagainya. Sekiranya pernikahan tersebut tidak diiktiraf maka hukum-hukum perkahwinan yang ditetapkan dalam Islam tidak tertakluk kepada mereka.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search