A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Penentuan E’ddah Wanita Putus Haid (Menopaus)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2012

 

PENENTUAN E’DDAH WANITA PUTUS HAID (MENOPAUS)

(Kategori : Munakahat)

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 3/2/2012)

Tarikh : 07 Jun 2012 bersamaan 17 Rejab 1433H

 

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang  pada 07 Jun 2012 bersamaan 07 Rejab 1433H telah membincangkan isu mengenaiPenentuan E’ddah Wanita Putus Haid (Menopaus) dan telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

Huraian :

 

1.         Persoalan mengenai perkara ini ialah tentang tempoh Iddah wanita yang mendakwa atau meyakini dirinya telah mengalami tempoh menopaus (putus Haid) sedangkan wanita berkenaan belum lagi melepasi atau sampai umur “سن اليأس ”. Dalam konteks ini Jabatan Mufti seringkali dirujuk oleh pelbagai pihak termasuk pihak pentadbir nikah, cerai dan rujuk bagi wanita  yang berada dalam situasi sedemikian untuk akad nikah wanita berkenaan dengan orang lain atau untuk rujuk semula dengan suami yang menceraikannya.

 

Keputusan :

 

            Setelah membincangkan perkara ini berdasarkan pandangan-pandangan ulama’ silam dan semasa serta pandangan oleh pakar perubatan, mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

1.         Untuk menentukan Iddah wanita yang diceraikan pada usia yang belum mencapai “سن اليأسdalam mazhab Syafie’ iaitu 62 tahun Qamariah, yang dahulunya beliau menjalani dan mengalami suatu tempoh putus atau terhentinya perasingan haid – suci yang kekal sebelum atau semasa diceraikan samada secara semulajadi atau disebabkan penyakit-penyakit tertentu atau disebabkan mendapat rawatan-rawatan tertentu dan wanita berkenaan mendakwa atau meyakini beliau telah pun sampai ke peringkat usia menopaus (putus haid), wanita tersebut hendaklah :

1. Mendapat pengesahan daripada pakar perubatan bahawa beliau merupakan wanita yang menopaus atau sebaliknya dan;

2. Beliau hendaklah mengambil jalan selamat (احتياط) iaitu setelah beliau diceraikan oleh suami, beliau hendaklah menunggu selama Sembilan bulan Qamariah iaitu tempoh mengandung (لاستبراء الرحم) dan setelah itu beriddah selama tiga bulan qamariah iaitu iddah kepada “سن اليأس ”.

 

2.         Bagi wanita yang menjalani pembedahan membuang ovari dan rahim mereka adalah dikategori sebagai wanita yang menopaus dan apabila beliau diceraikan oleh suaminya beliau hendaklah beriddah selama tiga bulan iaitu “عدة اليأس”.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search