A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Terhadap Golongan Anti Hadis

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

FATWA TERHADAP GOLONGAN ANTI HADIS

 

Kategori   : Akidah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 05 Ogos 1995 telah membincangkan mengenai Fatwa Terhadap Golongan Anti Hadis dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Bahawa:

 

(1) Buku yang bertajuk (Hadis Satu Penilaian Semula) dan (Hadis Jawapan Kepada Pengkritik) yang ditulis oleh Qasim Ahmad dan isi kandungannya.

 

(2) Buku yang bertajuk (Pendedahan Kebenaran adalah Dari Tuhan Mu –Hadis Di dalam Al-quran) yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman Dan Isi Kandungan.

 

(3) Buku yang bertajuk (Bacaan ) yang ditulis oleh Usman Ali dan isi kandungan .

 

(4) Buku yang bertajuk (Message to The World The Computer Speaks – God’s) yang ditulis oleh Doktor Rusyd Khalifa dan isi kandungannya.

 

(5) Risalah (Iqra’) terbitan Jemaah Al-Quran Malaysia dan isi kandungannya.

 

(6) Apa-apa terjemahan buku atau risalah yang disebut dalam butiran (1) hingga (5) dan isi kandungannya dalam mana-mana bahasa.

 

Adalah mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islamiyyah serta mengelirukan masyarakat Islam dan membawa kepada murtad, oleh itu adalah diharamkan.

 

Bahawa mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran,pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah,isi kandungan dan terjemahannya yang disebut dalam sub perenggan (1) adalah sesat kerana ia bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.

 

Bahawa pengharaman ini meliputi :

 

(1) Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam sub perenggan (1) dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang merangkumi kesemua tujuannya atau salah satu daripada tujuannya iaitu pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

(2) Apa-apa bahan publisiti termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuklah suatu gambar, gambar foto,logo,poster, rajah, surat edaran, kalensa filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain yang bertujuan memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungan dan terjemahannya yang disebut dalam sub perenggan(1) dan

 

(3) Apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku,majalah,pemplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain,samada dicetak,ditaip,ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem iaitu wayang gambar,pita rakaman atau rekod walau bagaimana pun ia dibuat, daripada suatu imej,berdasarkan penglihatan,yang merupakan rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat yang menayangkan rangkaian itu sebagai gambar bergerak, rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring hitam, fotografi, pita rakaman, cakera laser dan cakera padat yang dirakamkan rakaman suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahan, yang disebut dalam sub perenggan (1).

 

Oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam sub perenggan (1), menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan, pembelajaran dan aktiviti lain yang bertujuan menghidupkan dan mengembangkan ajaran, pegangan atau fahaman yang terkandung di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahannya, yang disebut dalam sub perenggan (1).

 

Orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pemplet, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh mengaitkan kepada ajaran, pegangan atau fahaman di dalam buku atau risalah, isi kandungannya dan terjemahan yang disebut dalam sub perenggan (1) kepada mana-mana harta alih atau tak alih dan semua pihak dilarang daripada memberi apa-apa jua kemudahan dan bantuan.

 

Huraian:

 

Mesyuarat telah membincang kertas yang mengandungi butir-butir ajaran, pegangan dan fahaman golongan anti hadis yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur. Sebelum ini kertas tersebut telah dibentang dalam Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 6 September 1995.

 

 

Intisari kertas kajian tersebut ialah;

 

(1) Gerakan golongan anti hadis yang muncul di negara ini dipelopori oleh Qasim Ahmad di mana beliau terpengaruh dengan fahaman Doktor Rushd Khalifa yang memperkenalkan konsep kod 19.

 

(2) Usaha golongan ini untuk menolak hadis sebagai sumber hukum disebarkan menerusi buku –buku dan lain-lain penulis seperti risalah, rencana didalam media cetak serta lain-lain kegiatan seperti majlis-majlis diskusi, forum, ceramah dan sebagainya.

 

(3) Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh golongan ini berlawanan dengan akidah dan syariat Islam seperti yang terdapat dalam buku Hadis Satu Penilaian Semula oleh Qasim Ahmad, Hadis Jawapan Kepada Pengkritik oleh Qasim Ahmad, Risalah Iqra’ keluaran Sya’aban, Buku Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhan Mu –Hadis Di Dalam Al-Quran, oleh Idris Abdul Rahman dan lain-lain.

 

(4) Kegiatan golongan ini amat merbahaya serta mengancam akidah masyarakat Islam terutama mereka yang kurang mendalami ilmu pengetahuan agama Islam kerana hujah –hujah yang diutarakan oleh mereka berdasarkan hujah-hujah sainstifik yang bergantung kepada logik semata-mata.Ini bermakna fahaman yang dipegang serta disebar oleh mereka sama dengan apa yang dibawa oleh golongan pembawa ajaran sesat yang terdapat di negara ini.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search