A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Mengenai Kekebalan Raja-Raja Ucapan Duli Yang Maha Mulia Terhadap Raja-Raja Dan Cara Mengadap

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

FATWA MENGENAI KEKEBALAN RAJA-RAJA UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA TERHADAP RAJA-RAJA DAN CARA MENGADAP

 

Kategori   : Akidah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 2 Februari 1993 telah membincangkan Mengenai Kekebalan Raja-Raja Ucapan Duli Yang Maha Mulia Terhadap Raja-Raja Dan Cara Mengadap dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Jemaah Ulama’ dalam mesyuarat ini telah mengkaji dan membincangkan mengenai perkara-perkara yang tersebut di atas dari sudut pandangan Islam dan seterusnya membuat keputusan sebagai berikut:

 

(1)         Bahawa semua manusia  tidak mempunyai sebarang kekebalan dari segi hukum kerana mereka semua adalah tertakluk kepada hukum Allah.

 

(2)         Hak – hak keistimewaan untuk orang-orang tertentu dalam perkara-perkara tertentu ada di dalam Islam.

 

(3)         Pemilihan warna kuning oleh raja untuk pakaian dan lain-lain hukum harus.

 

(4)         Pemakaian ucapan “Duli Yang Maha Mulia” terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah.

 

Dalil firman Allah Taala:

 

انا خلقنا الانسان من نطفة امشاج نبتليه فجعلنه سميعا بصير

 

Maksudnya:

 

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitik mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar  dan melihat..

 

(5)         Jemaah Ulama’ bersetuju bahawa kedudukan hukum mengenai angkat tangan dalam upacara menyembah raja-raja dibincang semula dalam Mesyuarat Jemaah Ulama’  akan datang kerana hal ini perlu dikaji dan diteliti secara mendalam dalam berbagai aspek.

 

Huraian:

 

Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat khas ini diadakan adalah bagi membincangkan  beberapa perkara yang menjadi isu berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan raja melayu berikutan dengan isu pindaan perlembagaan yang hangat diperkatakan sekarang  ini.

 

Perkara yang akan dibincangkan ialah:-

 

(1) Kekebalan raja-raja.

 

(2) Ucapan “Duli Yang Maha Mulia terhadap raja-raja”.

 

(3) Cara angkat tangan ketika mengadap raja-raja.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search