INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Tentang Fahaman Syiah

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA 2

 

Tarikh Keputusan

:

09 Jun 2013

Status Penwartaan

:

Warta Kerajaan

Tarikh Diwartakan

:

4 Ogos 2014

No. Rujukan

:

[PU.KN. 1/G/31(27)]

Akta/Enakmen        

:

 [MAIK. D231/PK/155/Klt.4]

 

 

 

Kategori

:

AKIDAH

 

Soalan

:

Fatwa Tentang Fahaman Syiah

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 36 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 [En. No. 4/1994] dan seksyen 39 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Pindaan) 1998 [En. No. 3/1998], Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah Ulama yang bersidang pada 30 Rejab 1434 Hijrah bersamaan 09 Jun 2013 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V membuat fatwa seperti berikut :

1.      Bersetuju bahawa fatwa mengenai ajaran syiah yang diwartakan di negeri ini dan disiarkan sebagai G.N. No. 1 bertarikh 2 Januari 1997 hendaklah dihormati dan dipatuhi.

 

2.      Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya kerana terdapat percanggahan sama ada dari sudut akidah, syariat dan lain-lain;

 

3.      Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepada ajaran dan fahaman tersebut sebagaimana yang telah difatwakan sebelum ini. Kerana ini bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi-

 

 

(g)   Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan; iaitu suatu pegangan, ideology, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;

 

(h)   Apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa gambar, foto, poster, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk pengiklanan yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada apa-apa ajaran atau pegangan di atas; dan

 

 

(i)     Apa-apa terbitan termasuklah mana-mana buku, majalah, risalah atau lain-lain bahan bacaan, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara jua dan mana-mana keluaran ulangannya, termasuklah apa-apa filem iaitu wayang gambar, pita rakaman, atau rekod walaubagaimana pun ianya dibuat, dari satu imej  berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai maksud gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan suara manusia untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan di atas.

 

4.      Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman tersebut; menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi atau menyertai ceramah, mengadakan atau menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan ajaran ini;

 

5.      Mana-mana orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, buku-buku, terbitan, risalah atau apa-apa dokumen; mengandungi ajaran di atas dan menggunakan sebarang bentuk lambang rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran tersebut kepada mana-mana harta alih atau tidak alih. Dan semua pihak dilarang daripada memberi kemudahan dan membantunya; dan

 

 

6.      Adalah ditetapkan mana-mana orang Islam yangn mengingkari fatwa ini telah melakukan kesalahan di bawah peruntukan seksyen 32 Enakmen Kanun Kesalahan Jenayah Syariah 1985 [En. No. 2/1985], seksyen 115, 116, 119 dan 121 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search