A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

HUKUM WANITA MENYUSUKAN ANAK ANGKAT

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

FATWA TAHUN 2019

 

HUKUM WANITA MENYUSUKAN ANAK ANGKAT.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 4/3/2018).

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Malayu Kelantan yang bersidang pada 11 Februari 2019 Masihi  bersamaa 06 Jamadil Akhir 1440 Hijriah telah membincangkan isu mengenai  Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat dan memutuskan seperti berikut:

 

1.         Mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:.

 

1.         Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu Islam juga membenarkan bayi tersebut disusu oleh seorang perempuan yang lain sama ada ibu kandung mampu atau tidak mampu menyusukan sendiri bayinya.

 

2.         Bagi wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mempunyai anak angkat, mereka boleh menyusukan sendiri anak angkat tersebut dengan menjalani kaedah rawatan terapi hormon penggalak susu badan.

 

3.         Hubungan anak susuan dengan ibu susuan yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah sama seperti hubungan dengan sebab keturunan (nasab).

 

4.         Jumhur Fuqaha’ tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mestilah hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak angkat mereka. Malah, wanita yang belum berkahwin atau berkahwin tetapi tidak pernah melahirkan anak, sekiranya ia menyusui seseorang bayi, maka sah hukum susuan ke atasnya.

 

5.         Syarat-syarat bagi anak susuan (bayi yang menyusu) sebelum mereka sah (sabit) menjadi anak susuan ialah bilangan susuan hendaklah dengan lima kali susuan, susu yang dihisap mestilah sampai ke perut  bayi dan umur bayi tersebut hendaklah tidak melebihi dua tahun qamariah.

 

6.         Jumhur Fuqaha’ menyatakan bahawa terdapat dua kaedah yang menjadikan haram dengan sebab susuan, iaitu sama ada menyusu secara langsung daripada payudara  atau secara tidak langsung seperti penggunaan tiub, botol susu dan sebagainya.

 

7.         Bagi penggunaan alat-alat sokongan atau alat bantuan sebagai menyusukan bayi, maka bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syaratnya. Ini kerana susu tersebut menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang.

 

8.         Tidak ada larangan bagi seseorang wanita Islam menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga sebaliknya, seorang bayi beragama Islam boleh menyusu dengan wanita yang bukan Islam. Namun begitu penyusuan  tersebut tidak mengubah agama bayi yang disusui dan mereka tetap kekal dalam agama asalnya.

 

1.2.      Keputusan ini telah disahkan dalam mesyuarat Ahli Majlis kali ke 919 bilangan 4/2018 yang bertarikh 8 Oktober 2018.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search