A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Garis Panduan Pemakaian Inai Bercorak Menurut Pandangan Islam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2018

 

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN INAI  BERCORAK MENURUT PANDANGAN ISLAM.

(Kertas Mesyuarat Jamaah Ulama’ Bil : 5/1/2018).

 

Kategori: Sosial Syariah.

 

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 02 Mei 2018  bersamaan 16 Syaaban 1439 Hijriah bertempat di bilik mesyuarat tingkat 4, Majlis Agama Islam kelantan.  telah membincangkan  isu mengenai Garis Panduan Pemakaian Inai  Bercorak Menurut Pandangan Islam.

1 Perbincangan mengenai perkara ini dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha.

2  Mesyuarat membincangkan perkara ini kerana pemakaian inai ditangan pengantin yang diukir dengan pelbagai corak dan  bentuk telah menjadi kebiasaan dalam suatu majlis perkahwinan pada masa kini.

Oleh itu, satu garis panduan untuk pemakaian inai bercorak perlu dibuat bagi mempastikan pemakaian tersebut diharuskan syarak.

3. Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju memutuskan garis panduan seperti berikut:

1.    Bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita samada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

 

2.    Kadar pemakaian inai kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja.

 

 

3.    Manakala warna yang digunakan tidak  bersifat kekal seperti tatu dan tidak mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

 

4.    Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuhan-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambing dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search