A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sebuah Pembangunan Perumahan Kos Sederhana Diatas Tanah Wakaf Lot 1123, Mukim Bangol, Daerah Badang Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelantan Darul Naim Milik Majlis Agama Islam Kelantan Dan Ibraniah Diksis Sdn. Bhd

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2016

 

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN SEBUAH PEMBANGUNAN PERUMAHAN KOS SEDERHANA DIATAS TANAH WAKAF LOT 1123, MUKIM BANGOL, DAERAH BADANG JAJAHAN KOTA BHARU, NEGERI KELANTAN DARUL NAIM MILIK MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN DAN IBRANIAH DIKSIS SDN. BHD.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 3/4/2016) 

 

Kategori: Sosial Syariah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 11 Disember 2016 bersamaan 11 Rabiulawal 1437H  telah membincangkan isu Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sebuah Pembangunan Perumahan Kos Sederhana Di atas Tanah Wakaf Lot 1123, Mukim Bangol, Daerah Badang Jajahan Kota Bharu, Negeri Kelantan Darul Naim Milik Majlis Agama Islam Kelantan Dan Ibraniah Diksis Sdn. Bhd.

 

            Mesyuarat membincangkan perkara ini dengan mendengar taklimat dan penerangan oleh Encik Hazrul Hisyam Bin Abdul Hamid Pengurus besar Ibraniah Diksis Sdn. Bhd. dan al-Fadhil Ustaz Azizi bin Che Seman, Pengerusi Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad yang dijemput oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan untuk memberi penerangan kepada ahli Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan mengenai perkara ini. Dato’ pengerusi mengalu-alukan kehadiran mereka.

 

Mesyuarat dimaklumkan bahawa cadangan pembangunan perumahan ditanah wakaf ini bertujuan untuk:

 

1.    Menyediakan keperluan rumah untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah serta mampu milik.

 

2.    Menguruskan tanah wakaf dengan cara yang tersusun dan lebih terancang demi kebaikan rakyat di negeri Kelantan terutamanya.

 

3.    Membangunkan pembangunan dengan menguruskan kebajikan penghuni serta memberi peluang penginapan yang lebih selesa.

 

4.    Menaik taraf kawasan sekitar.

 

5.    Membantu Majlis Agama Islam Kelantan dan kerajaan negeri untuk menyediakan fasiliti dan kemudahan yang terbaik untuk rakyat.

 

6.    Membantu rakyat dengan mengutamakan golongan sederhana memiliki rumah yang lebih baik.

 

Di samping ini, pihak Majlis Agama Islam Kelantan boleh memanfaatkan tanah wakaf yang diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan sebagai pengawal tunggal. Majlis Agama Islam Kelantan juga boleh menambah hasil pendapatan harta wakaf daripada cadangan pembangunan ini.

 

Bagi membolehkan cadangan pembangunan ini dijalankan perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:

 

1.    Pewakaf mewakafkan  aset (tanah) dalam bentuk wakaf am. Majlis Agama Kelantan sebagai pemegang amanah.

 

2.    Pemaju menawarkan kepakaran memajukan tanah wakaf manakala Majlis Agama Islam Kelantan bersetuju tawaran pemaju.

 

3.    Istisna’:

 

                              I.        Majlis Agama Islam Kelantan (mustasna’) melaksanakan akad istisna’ dengan pemaju (صانع). Pemaju akan membina rumah, bangunan dan sebagainya dengan segala kemudahan lain yang berkaitan di atas tanah wakaf berdasarkan tempahan Majlis Agama Islam Kelantan dan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan.

 

                            II.        Pemaju akan menyerahkan rumah yang telah siap secara berperingkat kepada Majlis Agama Islam Kelantan.

 

                           III.        Majlis Agama Islam Kelantan melantik pemaju sebagai wakil untuk menguruskan pemajakan kepada penyewa/ pemajak. Tiada bayaran perlu di bawah dalam lantikan/wakalah ini.

 

4.    Ijarah:

 

                                      I.        Pemaju sebagai wakil Majlis Agama Islam Kelantan memajak rumah/ bangunan kepada penyewa/ pemajak untuk tempoh yang ditentukan contohnya 99 tahun.

 

                                    II.        Bayaran pajakan (sekaligus) diserahkan kepada pemaju sebagai wakil Majlis Agama Islam Kelantan.

 

                                   III.        Pemaju menyerahkan bayaran pajakan kepada Majlis Agama Islam Kelantan atas dasar Majlis Agama Islam Kelantan sebagai pemilik/ pemegang amanah aset wakaf.

 

                                  IV.        Majlis Agama Islam Kelantan menggunakan amaun bayaran pajakan untuk membayar harga projek kepada pemaju.

 

5.    Majlis Agama Islam Kelantan menyewakan unit kedai yang merupakan sebahagian daripada projek. Manakala penyewa membayar sewa kepada Majlis Agama Islam Kelantan sebagai hasil daripada pembangunan tanah wakaf ini.

 

6.    Majlis Agama Islam Kelantan menyalurkan manfaat wakaf kepada Benefisiari.

 

Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat pada dasarnya bersetuju bahawa konsep pembangunan perumahan di atas tanah wakaf ini diharuskan kerana menepati ciri-ciri utama pengurusan hartanah wakaf iaitu:

 

1.    Pembangunan hartanah wakaf mestilah patuh syariah

 

2.    Hartanah wakaf tidak boleh dipindah milik.

 

3.    Hartanah wakaf tidak boleh dijual/ beli.

 

4.    Hartanah wakaf tidak boleh dicagarkan.

 

5.    Pembangunan hartanah wakaf haruslah memberi nilai tambah dan manfaat kepada masyarakat setempat.

 

Walau bagaimanapun, mesyuarat menasihati pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan agar membuat kajian terperinci sebelum mengadakan usaha sama dengan pemaju agar projek yang bakal dijalankan nanti menepati ciri-ciri utama pengurusan hartanah wakaf dan Majlis Agama Islam Kelantan tidak mengalami kerugian banyak dari segi kewangan atau manfaat daripada harta wakaf tersebut.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search