A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Pemakaian Kalimah Allah Dan Muhammad Pada Pakaian Seragam Tentera, Polis, Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang Kehormat Dan Pingat-Pingat Kehormat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2016

 

PEMAKAIAN KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD PADA PAKAIAN SERAGAM TENTERA, POLIS, DARJAH KEBESARAN, BINTANG-BINTANG KEHORMAT DAN PINGAT-PINGAT KEHORMAT.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bil: 6/3/2016 -Bil: 908.2/16)   

 

Kategori : Sosial Syariah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 11 Disember 2016 bersamaan 11 Rabiulawal 1437H  telah membincangkan isu Pemakaian Kalimah Allah Dan Muhammad Pada Pakaian Seragam Tentera, Polis, Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang Kehormat Dan Pingat-Pingat Kehormat.

 

Mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

 

1.    Sunat menanggal atau tidak membawa bersama kalimah Allah dan Muhammad pada pakaian seragam tentera, polis, darjah kebesaran, bintang-bintang dan pingat-pingat kehormat apabila memasuki tandas.

 

2.    Jika dipakai atau dibawa bersama ketandas maka hukumnya makruh dan tidak sampai keperingkat haram.

 

3.    Orang yang memakai kalimah Allah dan Muhammad sama ada orang Islam atau bukan Islam hendaklah menjaga kalimah tersebut daripada terkena sebarang najis kerana mengagungkan kalimah itu.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search