A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Rukyah (Ayat Al Quran) Untuk Tujuan Komersial

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2015

 

HUKUM PENJUALAN PRODUK MENGGUNAKAN AYAT RUKYAH (AYAT AL QURAN) UNTUK TUJUAN KOMERSIAL.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama Bil :6/3/2015)

 

Kategori : Sosial Syariah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jamaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 06 Disember 2015 Masihi Bersamaan 24 Safar 1437 Hijriah telah membincangkan  isu mengenai Hukum Penjualan Produk Menggunakan Ayat Rukyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial.

Mesyuarat membincangkan perkara ini berdasarkan kertas kerja yang disediakan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bilangan 2/2015.

Perkara ini dibincangkan kerana penjualan produk menggunakan ayat rukyah ini dilihat semakin berleluasa sekarang. Ia memungkinkan berlaku penipuan ke atas orang ramai atas nama agama Islam dengan menggunakan alasan produk tersebut akan lebih berkat dan berkesan kerana dibaca dengan ayat Al Quran sebagai penyembuh. Sedangkan kejujuran pengusaha dalam hal ini masih boleh dipersoalkan.

Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut :

Secara umumnya, para Ulama’ sepakat bahawa perubatan melalui rukyah (jampi) dengan ayat-ayat suci Al- Quran dan daripada Sunnah Rasulullah S.A.W. adalah diharuskan.

Iklan produk yang mengelirukan adalah termasuk dalam aktiviti penipuan.

Tindakan pengusaha yang mempergunakan Al -Quran bagi tujuan melariskan produk yang dijual dengan mendakwa produknya sebagai  yang terbaik termasuk didalam perbuatan memperdagangkan Al- Quran.

Perbuatan memanipulasikan rawatan Islam dan jampi untuk mengaut keuntungan lebih-lebih lagi yang membabitkan elemen penipuan sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Mesyuarat juga bersetuju untuk menyediakan garis panduan rawatan secara perubatan Islam dan akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan datang.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search