INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

HAD KEMUALLAFAN SESEORANG SAUDARA BARU

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2015

 

HAD KEMUALLAFAN SESEORANG SAUDARA BARU.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama Bilangan 4/3/2015)

 

Kategori : Sosial Syariah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 06 Disember 2015 Masihi Bersamaan 24 Safar 1437 Hijriah telah membincangkan  isu Mengenai Hukum Had Kemuallafan Seseorang Saudara Baru.

Mesyuarat membincangkan perkara ini berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan di dalam Muzakarah Jawatan Kuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia bilangan 3/2015.

Perkara ini dibincangkan bertujuan untuk menyeragamkan  had kemuallafan seseorang saudara baru bagi negeri seluruh Malaysia.

Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju membuat keputusan seperti berikut:

Di dalam Islam  tiada sebarang Nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk agama Islam dipanggil sebagai muallaf. Sebutan dan had tempoh panggilan muallaf ini lebih bersifat uruf semata-mata.

Adalah jelas bahawa had tempoh muallaf tidaklah ditentukan oleh syarak. Justeru ia bergantung kepada uruf yang ditetapkan oleh Ulama setempat.

Bagi negeri Kelantan, mesyuarat memutuskan untuk tidak menetapkan tempoh bagi menentukan had kemualaffan seseorang saudara baru bagi membuka ruang kepada golongan itu mendapat bimbingan agama yang berterusan serta bantuan yang sewajarnya daripada pihak berwajib dan pertubuhan-pertubuhan dakwah sehingga mereka mencapai kefahaman tentang agama Islam dengan sempurna.

Mesyuarat juga bersetuju supaya Majlis Agama Islam Kelantan memberi pembelaan yang maksima kepada golongan muallaf daripada sumber wang zakat agar mereka tidak terpengaruh dengan hasutan musuh-musuh agama yang mengajak mereka kembali ke agama asal atau keluar daripada agama Islam.

Justeru mesyuarat mencadangkan agar Majlis Agama Islam Kelantan mewujudkan rumah transit kepada golongan muallaf dengan kadar segera bagi membela golongan ini.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search