A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Cadangan Pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama) Perkara 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2015

 

CADANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN TUBUH KERAJAAN KELANTAN (BAHAGIAN PERTAMA) PERKARA 5 .

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama Bil :3/3/2015)

 

Kategori: Sosial Syariah

 

Keputusan:

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 06 Disember 2015 Masihi Bersamaan 24 Safar 1437 Hijriah telah membincangkan  isu Mengenai Cadangan Pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama) Perkara 5.

Huraian:

Mesyuarat membincang perkara ini dengan merujuk kertas mesyuarat yang disediakan dan dibentangkan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Dato Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan memaklumkan bahawa cadangan untuk menunda undang-undang perlembagaan  dan tubuh kerajaan Kelantan ini dikemukakan semasa perbentangan draf Enakmen Jenayah Syariah II pada sidang dewan undangan Negeri Kelantan pada bulan Mac 2015.

Pindaan undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan ini bertujuan untuk memperkemaskan sistem perundangan syariah dan menjelaskan sumber utama rujukan kepada perundangan syariah sebagai dalil qati’e yang akan diguna pakai oleh Mahkamah Syariah.

Keputusan:

Setelah membincangkan  perkara ini mesyuarat bersetuju dengan cadangan pindaan undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan sebagaimana berikut:

Memasukkan selepas perkara 5, perkara 5a di dalam undang-undang perlembagaan tubuh kerajaan Negeri Kelantan seperti berikut:

Perkara 5:

Adalah agama negeri itu hendaklah Agama Islam sebagaimana yang dahulu-dahulu yang dipegang dan dijalankan di dalam negeri : dengan syarat segala agama lain bolehlah dijalankan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang memegang agama-agama itu di dalam mana-mana bahagian daripada negeri.

Bagi maksud perkara ini:

“Adalah sumber asas rujukan hukum syarak bagi negeri ini Al -Quran, As -Sunnah, Ijmak dan Qias”.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search