A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2014

 

HUKUM PENDERMAAN JASAD SI MATI UNTUK TUJUAN PENYELIDIKAN

            (Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 6/2/2014)

 

Mesyuarat  Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 08 Safar 1436 Hijrah bersamaan 01 Disember 2014 Masehi telah membincangkan isu mengenaiHukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan dan telah bersetuju  berpandangan seperti berikut :

            1.         Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju bahawa hukum asal pendermaan jasad atau mayat manusia adalah haram kerana Islam amat menitik beratkan penghormatan ke atas jasad manusia samada sewaktu mereka masih hidup ataupun selepas mati. Terdapat banyak nas-nas syara’ berhubung dengannya, antaranya suruhan tajhiz mayat seperti mandi, kapan, solat dan pengebumian, larangan mencincang jasad mayat dan sebagainya.

            2.         Mesyuarat berpandangan bahawa dalam konteks Malaysia pendermaan jasad atau mayat orang Islam dan keperluan penggunaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan masih belum berada pada tahap mendesak. Keperluan terhadap penggunaan mayat untuk tujuan penyelidikan masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada. Selagi mana kaedah boleh dikemukakan sebagai jalan keluar, maka ia menjadi pilihan yang mesti diambil tanpa perlu mengharuskan pendermaan jasad atau mayat orang Islam.

            3.         Sehubungan itu, selaras dengan penegasan syara’ tersebut, mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah tersebut:

                        (1)       Prinsip kemulian mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebgaimana kaedah:

الأَصْلُ فِي العَرْضِ التَّحْرِيمُ

                                    Maksudnya: Asal kepada perkara-perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan.

                                    Kaedah ini berdasarkan kepada sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W.:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا

                                    Maksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. (HR Bukhari dan Muslim)

                        (2)       Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.

                        (3)       Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau darurat kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah alternatif yang ada.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search