INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

HUKUM EX-GRATIA: PUSAKA ATAU HIBAH

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2014

 

HUKUM EX-GRATIA: PUSAKA ATAU HIBAH.

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 7/1/2014)

Kategori- Sosial Syariah ( Pusaka)

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 09 Februari 2014Bersamaan  09 Rabiulakhir 1435 Hijriah telah membincangkan Isu Hukum Ex-Gratia: Pusaka Atau Hibah.Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju memutuskan sebagaimana berikut;

Setelah membincangkan isu ini mesyuarat bersetuju membuat keputusan bahawa jika kerajaan telah menetapkan mana-mana pampasan ia adalah untuk isteri dan anak-anak, maka wang yang diperolehi itu adalah tertakluk kepada peraturan yang berkuasa. Akan tetapi jika ia diberikan kerana pekerjaan si mati maka ia adalah pusaka dan wang tersebut perlu difaraidhkan.

Berkenaan pemberian ex-gratia ini, mesyuarat bersetuju memfatwakan bahawa ia merupakan harta pusaka kerana pemberian ini dibuat berasaskan pengiraan tertentu terutama tempoh perkhidmatan dan gaji pekerja.

Fatwa ini dikeluarkan berasaskan hujah bahawa dalam Mazhab as-Syafie, harta pusaka ialah segala harta dan apa yang menjadi hak yang sah secara kepunyaan si mati pada masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya yang berhak samaada harta benda, hak kepunyaan samada dia masih hidup atau apa yang termasuk dalam miliknya yang diusahakan semasa hidupnya tetapi hasil diperoleh setelah dia meninggal dunia.

قال شهاب الدين الرملي في كتابه نهاية المحتاج في شرح المنهاج الجزء السادس , الصفحة الثانية (من تركة الميت) وهي ما يختلفه من حق الجناية وحد قذف او اختصاص او مال كخمر تخللت بعد موته ودية أخذت من قاتله لدخولها فى ملكه وكذا ما وقع بشبكة نصبها في حياته على ما قاله الزركشي.

Ertinya : As-Syeikh Shahabuddin Ar-Ramli menta’rifkan harta pusaka ialah apa-apa yang ditinggalkan untuk orang kemudian daripadanya dari sesuatu hak seperti  jenayah, tuduhan berzina atau ikhtisas atau mal seperti arak yang telah menjadi cuka setelah matinya, diyyat yang diambil dari pembunuhannya, kerana diyyat itu termasuk kedalam miliknya. Begitu juga apa yang termasuk kedalam pukatnya yang telah dipasang dimasa hidupnya.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search