INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

PERSOALAN HUKUM TERHADAP PERMOHONAN MINERAL SECARA TENDER TERBUKA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2014

 

PERSOALAN HUKUM TERHADAP PERMOHONAN MINERAL SECARA TENDER TERBUKA

(Kertas Jemaah Ulama’ Bil: 5/1/2014)

Kategori – Sosial Syariah

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 09 Februari 2014Bersamaan  09 Rabiulakhir 1435 Hijriah telah membincangkan isu Persoalan Hukum Terhadap Permohonan Mineral Secara Tender Terbuka.Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju memutuskan sebagaimana berikut;

 

 

1.                   Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa isu ini dibincangkan di dalam mesyuarat pada hari ini kerana Jabatan Mufti Negeri Kelantan telah menerima surat rasmi daripada Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan yang ingin mendapatkan pandangan Mufti Negeri Kelantan mengenai isu ini dari aspek syarak.

 

2.                   Berdasarkan maklumat daripada kertas kerja yang disediakan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Kelantan, industri perlombongan merupakan industri yang berkembang pesat di negeri ini dan mendapat perhatian dari pelabur-pelabur dari dalam dan luar Negeri.

 

3.                   Antara galian yang banyak terdapat di negeri ini ialah besi, emas (mangganese) (feldspar) dan (barite). Royalti yang dapat dipungut oleh kerajaan daripada hasil galian ini sejak tahun 2009 hingga 2011 ialah sebanyak RM18 juta.

 

4.                   Kerajaan Negeri Kelantan bercadang supaya permohonan untuk carigali mineral-mineral di Negeri Kelantan hendaklah ditawarkan secara tender terbuka kerana ia dijangka dapat memberi royalti yang lebih tinggi kepada kerajaan.

 

5.                   Sehubungan dengan itu Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri memohon pandangan Mufti Negeri Kelantan berhubung penawaran tender terbuka terhadap permohonan mineral dari aspek syarak.

 

 

6.                   Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju membuat keputusan bahawa kerajaan Negeri Kelantan harus menetapkan supaya permohonan untuk carigali mineral ditawarkan secara terbuka berdasar kemaslahatan.

 

 

 

7.                   Keputusan ini dibuat atas hujah-hujah berikut:

 

 

7.1.            Mengikut Mazhab Syafie galian yang zahir ( المعادن الهرة ) dan yang berada di dalam bumi ( المعادن الباطنية  ) adalah milik kerajaan kecuali

( المعادن الباطنية  ) yang ditemui di atas tanah yang dibangunkan oleh orang perseorangan.

 

7.2.            Mengikut Al-Feqah Islamiy hukum pemberian mineral (  المعادن)oleh kerajaan kepada pengusaha-pengusaha yang layak adalah kaedah pelupusan melalui konsep iqta’(  إقطاع ).Iqta’ bererti: Pemberian tanah atau galian milik Allah oleh pemerintah kepada seseorang yang pada pandangannya berhak dan berkemampuan untuk menerima pemberian tersebut. Konsep iqta’ di terima dalam Islam berdasarkan hadis  yang diriwayatkan oleh Wa’il bin Hajar

 

أن النبى صلى الله عليه وسلم اقطعه أرضا بحضر موت وبعث معاوية

ليقطعها اياه

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search