INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

FATWA MENGENAI WAKAF TUNAI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2013

 

FATWA MENGENAI WAKAF TUNAI

(Kertas Kerja Mesyuarat Jemaah Ulama Bilangan 6/1/2013)

Kategori – Sosial Syarian (Wakaf )

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 09 Jun 2013 Bersamaan  30 Rejab 1434 Hijriah telah membincangkan isu Fatwa Mengenai Wakaf Tunai.  Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju memutuskan sebagaimana berikut;

1.      Bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam.

 

2.      Mesyuarat juga menetapkan dalam menguruskan wakaf tunai ini pentadbiran Majlis Agama Islam Kelantan hendaklah memastikan bahawa wang tunai yang diwakafkan itu digunakan untuk pembelian aset kekal. Ini disebabkan wang tunai secara fizikal tidak boleh dikekalkan dalam bentuk yang asal tetapi pengkalan ini masih boleh dilaksanakan dengan menukarnya kepada harta lain bersifat kekal. Dengan itu ia menepati konsep wakaf iaitu menahan sesuatu harta yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search