A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Cadangan Pengurusan Deposit Hasil Tanah Wakaf Al-Marhum Sultan Mansur Dan Konsep Pembangunan Tanah Wakaf Tersebut

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2012

 

CADANGAN PENGURUSAN DEPOSIT HASIL TANAH WAKAF AL-MARHUM SULTAN MANSUR DAN KONSEP PEMBANGUNAN TANAH WAKAF TERSEBUT.

 

(Kategori : Wakaf)

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 1/2012)

Tarikh : 26 Februari 2012/04 Rabiulakhir 1433H

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenaiCadangan Pengurusan Deposit Hasil Tanah Wakaf Al-Marhum Sultan Mansur Dan Konsep Pembangunan Tanah Wakaf Tersebut dan telah bersetuju memutuskan sebagaimana berikut:

Huraian :

 

1.                     Al Fadhil memaklumkan bahawa Al-Marhum Sultan Mansur telah mewakafkan 9 bidang tanah kepada Majlis Agama Islam Kelantan, satu bidang tanah tersebut diwakafkan secara wakaf am dan sekarang telah dimanfaatkan menjadi sekolahrendah dan menengah Tengku Amalin AisyahPuteri. Hendaklah dimanfaatkan mengikut surat cara wakaf yang diamanahkan oleh beliau kepada Majlis Agama Islam Negeri Kelantan.

2.         Berdasarkan surat cara wakaf Al-Marhum Al-Sultan Mansur dan persepakatan bersama pihak Majlis Agama Islam Kelantan selaku Nazir (pemegang Amanah Wakaf), Majlis telah diamanahkan untuk :

(i) Membiayai perbelanjaan membuat haul arwah sekali setahun. Perkara ini (dilaksanakan oleh pihak Majlis dimana setiap awal tahun peruntukan berjumlah RM2,500.00 diberikan kepada mereka yang diamanahkan untuk perkara ini.

(ii) Membayar/memberi habuan kepada tenaga pengajar Al-Quran di Masjid Langgar (dibekukan untuk sementara waktu kerana pihak Majlis Agama Islam Kelantan sendiri mempunyai guru Al-Quran yang dilantik).

(iii) Memberikan habuan kepada penziarah dimakamnya bertempat di perkuburan Diraja Langgar. Perkara ini dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Kelantan sehingga kini.

2.      Sehingga tahun 2011 amaun deposit terkumpul melalui sewaan tanah-tanah wakaf Al-Marhum Sultan Mansur dari tahun ketahun (setelah ditolak perbelanjaan i-ii) diatas masih berbaki dan telah berjumlah RM482,301.15 serta memerlukan mekanisme sesuai untuk memanfaatkannya.

 

 

Keputusan :

 

            Setelah membincangkan perkara ini mesyuarat bersetuju memutuskan seperti berikut :

“Majlis Agama Islam Kelantan sebagai nazir atau pengawal kepada tanah-tanah wakaf hendaklah berusaha untuk membangunkan tanah-tanah wakaf yang dikawal olehnya. Pada masa yang sama Majlis Agama Islam Kelantan juga hendaklah menghormati dan menjalankan amanah pewakaf-pewakaf tersebut. Oleh itu mesyuarat bersetuju dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan seperti berikut :

(i)                Membangunkan tanah yang masih terbiar seperti lot 260 Mukim Cik Latif Badang Kota Bharu atau khususnya Lot 464 Mukim Cekok, Panji dan pembangunan sesuai seperti (markaz saudara baru/ tahfiz dan lain-lain yang sesuai).

 

(ii)              Menggunakan wang wakaf khas dari jumlah terkumpul sebanyak RM482,301.15 tersebut untuk membeli aset kekal berupa tanah/bangunan. Manfaat yang diperolehi daripada pembelian tersebut hendaklah disalurkan sebagaimana yang diamanahkan oleh pewakaf.

 

(iii)           Meluaskan maksud membaca al-Quran di Masjid Langgar kepada masjid-masjid lain (Bandar/Mukim/I’tikaf).

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search