A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Cadangan Mengurus Wang Deposit Hasil Istibdal (Ganti) Tanah Wakaf Dalam Simpanan Majlis Agama Islam Kelantan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

7.    FATWA TAHUN 2012

 

CADANGAN MENGURUS WANG DEPOSIT HASIL ISTIBDAL (GANTI) TANAH WAKAF DALAM SIMPANAN MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN.

 

(Kategori : Wakaf)

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 1/2012)

Tarikh : 26 Februari 2012/04 Rabiulakhir 1433H

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang  pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenaiCadangan Mengurus Wang Deposit Hasil Istibdal Tanah Wakaf Dalam Simpanan Majlis Agama Islam Kelantan dan telah bersetuju memutuskan sebagaimana berikut:

 

Keputusan :

Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju memutuskan     sebagaimana berikut:

1.         Wang deposit hasil Istibdal Tanah Wakaf yang diambil oleh pihak kerajaan dan lain-lain.

2.         Untuk menggantikan semula tanah-tanah tersebut, pihak pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan hendaklah memastikan penggantian harta tersebut adalah sebagaimana tujuan asal pewakafan harta tersebut sebelum ia diistibdalkan seperti ia diwakafkan untuk tanah perkuburan, tapak masjid dan lain-lain.

3.         Harta atau tanah yang hendak dijadikan tukaran juga mestilah lebih banyak dari segi nilai harta, fungsi dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

4.         Sekiranya wang deposit ini masih berbaki bolehlah digunakan untuk pengambilan aset tetap lain seperti bangunan dan lain-lain. Manakala manfaat daripada hasil pembelian ini hendaklah disalurkan untuk tujuan asal pewakafan tersebut.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search