A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Penggunaan Dakwat Kekal ( INDELIBLE INK ) Dalam Pilihan Raya Malaysia

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2012

 

HUKUM PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL ( INDELIBLE INK ) DALAM PILIHAN RAYA MALAYSIA

(Kategori : Sosial/ syariah)

(Kertas Mesyuarat  Jemaah Ulama’ Bilangan 7/1/2012)

Tarikh : 26 Februari 2012/04 Rabiulakhir 1433H

 

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenai  Hukum Penggunaan Dakwat Kekal ( Indelible Ink ) Dalam Pilihan Raya Malaysia dan telah bersetuju menerima  keputusan  seperti berikut:

 

Huraian :

1.         Perbincangan mengenai perkara ini dimulakan dengan meneliti kertas kerja yang disediakan oleh pihak JAKIM. Mesyuarat dimaklumkan bahawa isu ini telah dibincangkan dalam muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 11 Januari 2012.

2.         Oleh kerana penggunaan dakwat kekal (Indelible ink) ini melibatkan pemilih yang beragama Islam, maka persoalan hukum mengenai penggunaannya semasa pilihan raya nanti perlu diputuskan terlebih dahulu.

3.         Persoalan hukum yang timbul daripada penggunaan dakwat kekal (indelible ink) ini ialah:

1.         Adakah bahan kandungannya bebas daripada sebarang lemak haiwan yang diharamkan pada pandangan Syara’?

2.         Adakah ia daripada larutan yang telap air kekulit bagi memastikan perlaksanaan wudhu’ disempurnakan?

Keputusan :

 

1.                  Setelah meneliti kertas kerja tersebut mesyuarat bersetuju untuk menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 11 Januari 2012 seperti berikut:

“ Bersetuju Memutuskan bahawa dari aspek Syara’ menggunakan penggunaan dakwat kekal (Indelible ink) adalah harus dan dibenarkan kerana ia tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada ibadah umat Islam. Keputusan ini hanya tertakluk kepada bahan yang telah digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan diuji oleh Jabatan Kimia Malaysia sahaja.’’

2.                  Keputusan ini juga adalah berdasarkan pembentangan laporan analisis kimia, taklimat dan penjelasan daripada Jabatan Kimia Malaysia serta penjelasan daripada Suruhan Jaya Pilihan Raya Malaysia kepada Ahli Muzakarah. Hasil daripada pembentangan tersebut didapati dakwat kekal ini (Indelible ink) tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syara’, tidak memberikan kesan mudharat dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit (telap air) apabila digunakan.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search