A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Penubuhan Bank Susu Menurut Islam

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

HUKUM PENUBUHAN BANK SUSU MENURUT ISLAM

 

(Kategori :Sosial/syariah)

(Kertas Mesyuarat Jemaah Ulama’ Bilangan 6/1/2012)

Tarikh : 26 Februari 2012/04 Rabiulakhir 1433H

 

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H telah membincangkan isu mengenai Hukum Penubuhan Bank Susu Menurut Islam dan telah bersetuju membuat keputusan  seperti berikut:

 

Huraian :

 

1          Perbincangan mengenai perkara ini dimulai dengan pembentangan kertas kerja oleh Setiausaha. Mesyuarat dimaklumkan bahawa hukum penubuhan bank susu ini telah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 97 pada 17-15 Disember 2011. 

2          Cadangan penubuhan bank susu telah dikemukakan oleh pusat perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang melihat ia sesuai untuk membantu bayi pramatang yang memerlukan rawatan segera kerana susu ibu merupakan penawar terbaik untuk memulihkan kesihatan mereka.

 

Keputusan :

            Setelah membincangkan perkara ini, mesyuarat bersetuju membuat keputusan bahawa penubuhan bank susu adalah tidak diharuskan memandangkan penubuhan bank susu boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membuat umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram. Mesyuarat juga berpendapat keperluan penubuhannya juga tidak berada dalam keadaan dharurah sehingga mengancam maslahah awam.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search