A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariat Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA TAHUN 2009

 

HUKUM PENYALURAN HARTA TIDAK PATUH SYARIAT KE

       BAITULMAL DAN INSTITUSI ISLAM LAIN

 

Kategori: Sosial 

 

KEPUTUSAN:

 

Mesyuarat  Jemaah  Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang kali 3/2009 di Bilik Mesyuarat Tingkat Tiga Majlis Agama Islam Kelantan  pada 27 Disember 2009 telah membincangkan Isu Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariat Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain dan telah bersetuju membuat keputusan   seperti  berikut :-

 

1. Harta yang diperolehi dengan cara yang tidak patuh syariat adalah haram disisi Islam dan perlu dibersihkan.

 

2. Harta tidak patuh syariat tidak boleh dimanfaatkan untuk tujuan kepentingan diri.

 

3. Kaedah pemberian harta tidak patuh syariat adalah dengan cara

 

                 i) Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika si pemilik telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli keluarganya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada Baitulmal.

 

      ii) Bagi harta yang diperolehi melalui cara yang tidak diiktiraf oleh syariat seperti hasil daripada riba, judi dan lain-lain, harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search