INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

FATWA MENGENAI RAWATAN HORMON BAGI WANITA YANG TELAH YANG TELAH PUTUS HAID

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA MENGENAI RAWATAN HORMON BAGI WANITA YANG TELAH YANG TELAH PUTUS HAID

 

Kategori   : Sosial/syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 14 Jun 1998 telah membincangkan mengenai Fatwa Mengenai Rawatan Hormon bagi Wanita yang Telah Yang Telah Putus Haid dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Bahawa pengambilan ubat hormon itu adalah diharuskan walaupun ianya diproses

dengan menggunakan hormon yang terdapat pada air kencing kuda bunting. Kaedah

rawatan dengan menggunakan tampalan pada kulit badan yang menyebabkan

terhalang air ke kulit, ia hendaklah ditanggalkan apabila hendak mengangkat hadas besar.  Rawatan secara kaedah perdarahan bulanan yang dimulakan semasa umur kedatangan haid dan diteruskan sehingga seseorang itu putus haid (menopos) adalah harus dan darah yangkeluar menurut tempoh kedatangan haid  adalah dianggap darah haid walaupun seseorangitu sudah putus haid atau berada pada usia putus haid (سن اليأس ).  Bagi perempuan yang bersuami, persetujuan suami hendaklah diperolehi untuk mengambil ubatan-ubatan hormon tersebut.

 

Fatwa itu berlandaskan beberapa nas yang dipetik dari kitab-kitab sebagaimana berikut:

 

 

 

1.                                                                                            بجيرمي مع الاقناع , جلد 1 هلامن 338     

 

وأما أمره صلى الله عليه وسلم العرنيين يشرب أبوال الأبل فكان للتدواى والتداوى با لنجس جائز عند فقد الطاهر الذي يقوم به مقامه.  وأما قوله صلى الله عليه وسلم لم يجعل اللهشفاء أمتي فيما حرم عليها فمحمول على الخمر.

                                                                                                                       

2.Bughyah al-thulab (بغية الطلاب ) keluaran Darul-Fikri, jilid 1 halaman 83 berbunyi :

 

(Masalah) maka jika melihat darah perempuan yang sudah putus asa kerana sudah lampau umurnya daripada haid maka dihukumkan darahnya itu darah haid jua jika diperoleh syaratnya.  Demikianlah zahir daripada kalam Syeikh Ramli pada nihayahnya.

 

Huraian:

 

Mesyuarat membincang dengan terperinci mengenai masalah ini berdasarkan kertas penjelasan yang disediakan oleh pakar di bidang berkenaan serta maklumat lanjut yang diberi secara lisan yang disampaikan kepada beberapa orang ahli Jemaah Ulama’ Majlis beberapa hari yang lepas.  Mesyuarat juga mengambil maklum tentang tujuan rawatan hormon adalah sebagaimana berikut:-

 

(1)         Untuk mengawal gejala-gejala yang berkaitan dengan putus haid di mana ianya mengakibatkan terganggunya kerja-kerja seharian dan juga hubungan kelamin.

 

(2)         Untuk mencegah penyakit reput tulang (osteoporosis) yang boleh menyebabkan mudah patah tulang apabila seseorang wanita itu terjatuh dan sebagainya.

 

(3)         Untuk mencegah penyakit jantung yang kerap berlaku pada wanita di peringkat umur putus haid (menopos).

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search