A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Penggunaan Wang Tidak Halal Dalam Tabung Serambi Mekah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

PENGGUNAAN WANG TIDAK HALAL DALAM TABUNG SERAMBI MEKAH.

 

Kategori   :  Sosial Syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Bil. 2/96 yang bersidang pada 30 Jun 1996 telah membincangkan mengenai Penggunaan Wang Tidak Halal Dalam Tabung Serambi Mekah (Kertas Bil.4/2/96) dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

               

Bahawa penggunaan wang dari sumber tidak halal seperti yang dinyatakan itu dari Tabung Serambi Mekah untuk faedah umum sebagaimana yang digariskan, termasuk sumbangan kepada fakir miskin Islam dan bukan Islam adalah harus. Fatwa ini berdasarkan kepada nas dari kitabul Asbah Wan  Naza’ir(كتاب الاشباه والنظائر) halaman 97 berbunyi :

 

(( وفي فتاوى ابن الصلاح )).  لو اختلط دراهم حلال بدراهم حرام ولم تتميز فطريقة أن يفرز قدر الحرام بنية القسمة ويتصرف في الباقى والذى عزله إن علم صاحبه سلمه اليه وإلاتصدق به عنه ))

 

Maksudnya :

 

Menurut Fatwa Ibnu Solah : Jika dirham dari sumber halal bercampur aduk dengan yang haram sehingga tidak dapat dibezakan, cara mengasingnya ialah mengasingkan kadar dirham yang haram itu dengan niat untuk membahagikannya dan baki daripada dirham tersebut bolehlah diurus sewajarnya, manakala dirham haram yang diasingkan itu dikembalikan semula kepada pemiliknya jika diketahui dan jika sebaliknya hendaklah disedekahkan.

 

Huraian:

 

Pihak Urusetia Tabung Serambi Mekah yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri memohon fatwa berhubung dengan penggunaan wang tabung tersebut dari sumber tidak halal yang disumbangkan oleh penerima.  Perolehan dari sumber tidak halal yang dimaksudkan di sini ialah :

 

(1)  Sumber riba

 

(2)  Wang faedah bank

 

(3)  Lain-lain sumber tidak halal

 

Wang tersebut dibelanjakan bagi faedah umum sebagaimana berikut:

 

(1)  Mengadakan kemudahan asas untuk kegunaan umum termasuk orang Islam dan  bukan Islam.

 

(2)   Membeli peralatan bagi kegunaan orang bukan Islam, seperti khemah dan sebagainya.

 

(3)   Membina longkang dikawasan orang bukan Islam.

 

(1)      Sumbangan kepada orang Islam dan bukan Islam

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search