INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

POHON PANDANGAN BERHUBUNG CADANGAN MENGADAKAN PENGAJIAN PONDOK DI MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

POHON PANDANGAN BERHUBUNG CADANGAN MENGADAKAN PENGAJIAN PONDOK DI MASJID MUHAMMADI KOTA BHARU

 

Kategori   :Sosial /syariah

 

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 05 Ogos 1995 telah membincangkan mengenai Pandangan Berhubung Cadangan Mengadakan Pengajian Pondok Di Masjid Muhammadi Kota Bharudan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Mesyuarat menyambut baik cadangan tersebut dan berpendapat pihak Pengurusan Majlis perlulah mengambil langkah ke arah menjayakan cadangan tersebut. Selain dari itu, program yang dicadangkan itu haruslah dirancang dengan teliti serta diberi komitmen yang tinggi agar ianya tidak terbantut dan gagal akhirnya.

 

 

Huraian:

 

Satu kertas mengenai cadangan pengajian Islam di Masjid Muhammadi menurut sistem pengajian tradisional (ala pondok) yang disediakan oleh ustaz Haji Ariffin Awang, ahli Jemaah Ulama’ Majlis dibentang bagi mendapat pandangan mesyuarat. Kertas tersebut menyarankan kepada Majlis Agama Islam Kelantan supaya mengadakan pengajian tersebut seperti mana yang pernah diadakan dalam tahun 30an di Masjid Muhammadi. Ini dirasakan mustahak memandangkan pengajian bercorak tradisional dapat menghasilkan kejayaan yang besar dibidang perkembangan ilmu agama serta melahirkan tokoh agama yang sangat diperlukan di zaman moden ini.

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search