INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

SISTEM PELAKSANAAN PROJEK- PROJEK DI ATAS TANAH WAKAF MAJLIS

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

SISTEM PELAKSANAAN PROJEK- PROJEK DI ATAS TANAH WAKAF MAJLIS

 

Kategori    : Sosial/syariah

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 05 Ogos 1995 telah membincangkan mengenai Sistem Pelaksanaan Projek-Projek Di atas Tanah Wakaf Majlis dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

1.       Bahawa sistem yang dinyatakan itu boleh diamalkan untuk pelaksanaan projek-projek bagi memaju dan membangun tanah-tanah wakaf di bawah jagaan Majlis dengan syarat ianya memenuhi kehendak – kehendak berikut:

 

1.1. Usaha yang dilaksanakan itu tidak menyebabkan hilang sifatnya sebagai harta wakaf itu atau manfaatnya. Bahkan menambahkan lagi manfaatnya hasil dari pembangunan yang diusaha atas tanah tersebut.

 

1.2. Mana-mana tanah wakaf yang terlibat dengan urusan sewa pajak menurut undang –undang tanah, maka tempoh masanya hendaklah tidak terlalu lama mengikut uruf.

 

1.3. Projek - projek yang dilaksanakan itu tidak membawa sebarang fitnah terhadap agama dan Majlis Agama Islam serta tidak berlawanan dengan hukum syarak.

 

1.4. Perbelanjaan yang digunakan untuk pembiayaan projek itu tidak dari sumber yang ditegah oleh syarak.

 

2.       Walau bagaimanapun mesyuarat Jemaah Ulama’ menasihatkan sebelum satu-satu tanah wakaf itu dimajukan di bawah mana-mana sistem yang dinyatakan di atas, Majlis selaku nazir harta wakaf, hendaklah mengambil tanggungjawab yang tinggi bagi mempastikan ianya tidak terdedah kepada risiko yang mengakibatkan kerugian atau luput manfaat wakaf atau hilang harta wakaf itu sendiri yang berpunca dari silap membuat perhitungan atau kelemahan pengurusan atau penipuan atau kecuaian manusia. Langkah tersebut amat mustahak memandangkan harta wakaf adalah suatu amanah umat Islam yang wajib dijaga dan diberi perlindungan secukupnya menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak bagi menjamin jariah atau wasiat wakaf (Orang yang mewakaf harta itu) berjalan buat selama-lamanya.

 

Huraian:

 

Mesyuarat dimaklumkan bahawa kertas tersebut diangkat oleh Bahagian Pembangunan Majlis Agama Islam Kelantan bagi mendapat fatwa berhubung beberapa mekanisme pelaksanaan projek yang dicadangkan atas tanah-tanah wakaf di bawah kawalan Majlis ini sendiri. Kertas ini adalah merupakan susulan kepada kertas permohonan fatwa yang telah dibentang dalam mesyuarat Jemaah Ulama’ yang lepas dimana fatwa mengenainya telah pun diputuskan .

 

Mesyuarat meneliti kandungan kertas tersebut serta mengambil panduan daripada penjelasan tambahan yang disampaikan oleh Pegawai Pelaburan berhubung dengan beberapa sistem yang dikemukakan iaitu:

 

(1) Pelaksanaan tanah wakaf melalui sistem pawah (Sharing Basis).

 

(2) Bina kendali pindah atau ( Build Operator Transfer(BOT) ).

 

(3) Bina pindah ( Build Operator (BO) ).

 

(4) Usaha sama ekuiti.

 

(5) Tukar Ganti projek dan tanah.

 

(6) Bina projek dan memberi  projek/tanah.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search