A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Masalah Pengambilan Balik Tanah Rakyat Oleh Kerajaan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

MASALAH PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT OLEH KERAJAAN

 

Kategori    : Sosial/Syariah

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 17 Julai 1994 telah membincangkan mengenai Pengambilan Balik Tanah Rakyat Oleh Kerajaan dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

(1)   Bahawa pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan yang mempunyai maslahat umum adalah harus

 

(2)   Adapun pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan untuk orang perseorangan

atau untuk projek yang tertentu maka hukumnya adalah sebagaimana berikut:

 

(2.1) Hukumnya harus jika dipersetujui oleh pemilik tanah berkenaan.

 

(2.2) Jika tidak dipersetujui oleh pemilik tanah tersebut dan tiada apa-apa maslahat umum padanya, maka hukumannya tidak harus.

 

(2.3) Jika pengambilan tanah itu pada pandangan kerajaan sangat mendatangkan kebaikan kepada umum dan tiada pilihan lain bagi menggantinyamaka hukumnya harus sekalipun tanpa persetujuan daripada pemiliknya.

 

(3)   Sebarang pengambilan balik tanah tersebut dengan syarat hendaklah diberi suatu pampasan yang adil kepada pemiliknya.

 

(4)   Keputusan itu bersandarkan kepada nas-nas berikut:

 

(4.1) Hadis Rasulullah (saw) yang berbunyi:

 

لا يحل مال امرئ مسلم إلا عن طيب نفس

 

Maksudnya:

 

              Tidak halal harta seseorang Islam melainkan dengan persetujuantuannya.

 

                        لا ضرر ولا ضرار

                       

Maksudnya:

 

              Tiada memudaratkan dan tiada dimudaratkan.

 

 

(4.2) Kaedah syarie yang berbunyi :

 

تصرف الأمام على الرعية منوط بالمصلحة

 

( Sebarang tindakan yang dibuat oleh pemerintah ke atas rakyat adalah ditilik kepada maslahat umum) dalil bagi kaedah tersebut ialah berdasarkan hadis:

 

منزلة الأمام من الرعية منزلة الولي من اليتيم

 

( Kedudukan pemerintah bagi rakyat sama seperti kedudukan wali atau pengurus terhadap anak yatim).

 

 

Huraian:

 

Satu kertas mengenai perkara yang tersebut di atas dibentang dalam mesyuarat untuk mendapat keputusan fatwa. Menurut kertas tersebut amalan pengambilan balik tanah rakyat oleh kerajaan adalah suatu perkara biasa untuk tujuan tertentu menurut kuasa yang diberikan  oleh (akta pengambilan tanah 1960).

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search