INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Penggunaan Alat-Alat Muzik Dan Bunyian Untuk Persembahan Nasyid Bagi Maksud Dakwah Kepada Masyarakat

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Penggunaan Alat-Alat Muzik Dan Bunyian Untuk Persembahan Nasyid Bagi Maksud Dakwah Kepada Masyarakat.

Kategori : Sosial Syariah

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 30 April 1994 telah membincangkan mengenai Penggunaan Alat-Alat Muzik Dan Bunyian Untuk Persembahan Nasyid Bagi Maksud Dakwah Kepada Masyarakat dan telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

 

Mesyuarat telah membincang masalah tersebut dari berbagai aspek termasuk soal tahap keperluan, manfaat dan keberkesanannya kepada masyarakat, imej agama Islam serta akibat-akibat lain yang akan timbul dari kegiatan muzik dan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:-

 

1) Bahawa penggunaan alat muzik sama ada untuk tujuan dakwah atau lainnya dari jenis bunyian alat bertali dan tiupan atau seumpamanya adalah haram hukumnya. Demikian juga alat-alat lain yang menghasilkan bunyian seperti kedua-dua perkara tersebut. Adapun alat-alat dari jenis paluan seperti rebana, kompang, gendang perang atau dari jenis alat yang menghasilkan bunyian dengan pukulan  atau ketukan yang berlainan bunyian dari alat bertali dan tiupan, maka hukumnya harus.

 

2) Fatwa itu berpandukan kepada nas-nas dari kitab-kitab yang muktabar dan  kaedah usul fiqh sebagaimana berikut:-

 

(1)Petikan dari kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh juzu’ 3 karangan Wahbah Az-Zuhaili halaman 574 berbunyi:

 

 

وأما الالآت : فيحرم في المشهور من المذاهب الأربعة ( الحنفية والمالكية والشافعية

والحنابلة ) استعمال الالآت التي تطرب  كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار

 والرباب وغيرها من ضرب الأوتار و النايات  والمزامير كلها. فمن أدام استماعها،

ردت شهادته، لقوله (ص) : ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الخمروالخنازير

 والخز والمعازف ) وفي لفظ :(ليشربن ناس من أمتي الخمر، يسمونها يغير

 اسمها، يعزف  علي رؤوسهم بالمعازف والمغنيات، يخسف الله بهم الأرض، ويجعل

 منهم القردة والخنازير)).

 

 

Maksudnya:

 

Adapun alat-alat (muzik) maka menurut pendapat yang masyhur dari empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) haram menggunakan alat –alat  hiburan seperti gambus, biola, gitar, drum, serunai, rebab dan lain-lain dari semua jenis alat bertali, seruling dan juga serunai. Barang siapa yang selalu mendengarnya gugurlah hak kesaksian. Sabda Rasulullah (s.a.w) bermaksud: Akan terjadi di kalangan umatku golongan yang berseronok dengan arak, daging babi, pakaian sutera dan muzik). Menurut lafaz mereka lain pula (Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku mereka yang meminum arak di mana mereka memanggilnya dengan satu nama lain, berkumandang dari bahagian atas kepala mereka lagu dan irama muzik lalu Allah menenggelam mereka kedalam bumi serta menjadikan sebahagian mereka kera dan babi.

 

Petikan dari kitab

الزواجر عن اقتراف الكبائر                                                                               

juzuk 2 karangan

الامام ابن    الهيتمى    حجر المكي                                                                         

 

                                                                                         

halaman 169 berbunyi:              

 

وقال الامام أبو العباس القرطبي أما الزامير والأوتار والكوبة فلا يختلف في تحريم

استماعها ولم أسمع فمن أحد من يعتبر قوله من السلف وأئمة الخلف من يبيح ذلك.

 

Maksudnya:

 

Menurut pendapat Imam Abu Al-Abbas Al-Qurtubi:Adapun serunai, biola dan gendang kecil tiada khilaf lagi tentang haram mendengarnya. Saya sendiri belum pernah mendengar satu pun pendapat ulamak yang muktabar sama ada dari kalangan ulamak salaf maupun ulamak khalaf, mereka yang mengharuskan perkara tersebut.

 

Kaedah   سد الذرائع  ( diterima pakai) untuk fatwa ini.

 

Huraian:

 

Mesyuarat mengundang Tuan Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (A.Wan Mustafa b. W. Abd. Hamid) yang mengemukakan permohonan fatwa tersebut  untuk memberi penjelasan berhubung dengan kertas permohonan fatwa bagi membolehkan ahli Jemaah Ulamak mendapat  gambaran yang jelas mengenainya. Beliau menjelaskan  bahawa fatwa itu diperlukan untuk dijadikan garis panduan kepada pihak Pentadbiran Negeri yang telah merancang untuk mewujudkan kumpulan nasyid  bagi maksud dakwah di peringkat jajahan dan negeri. Kumpulan  tersebut juga akan menyertai pertandingan nasyid peringkat kebangsaan. Antara alat-alat muzik yang diperlukan untuk tujuan tersebut ialah gambus,violin, rebana, akodian, harmonika,  bonggo, gendang, palot, tamborin, maracas, gitar, keyboard dan drum.

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search