INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

FATWA BERHUBUNG DENGAN JENIS-JENIS PERMAINAN HIBURAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA BERHUBUNG DENGAN JENIS-JENIS PERMAINAN HIBURAN

 

Kategori: Sosial Syariah

 

 

Keputusan:

 

Keputusan Fatwa Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 17 Oktober 1992 dan disahkan oleh Mesyuarat Anggota Majlis Agama Islam Kelantan yang bersidang pada 20 Oktober 1992 berhubung dengan jenis-jenis permainan hiburan dan garis panduan:

 

Jemaah Ulama’ memfatwakan bahawa:

 

1.       Mak Yong, Menora yang terdapat pada masa kini dan pelaga ayam termasuk pelaga binatang-binatang lain hukumnya adalah haram.

 

2.       Dikir barat yang bercampur lelaki dan perempuan di luar batas syarak dan yang mengandungi kata-kata lucah, mencela, memaki, unsur-unsur syirik dan fitnah hukumnya adalah haram.

 

 

Garis panduan jenis -jenis hiburan dan permainan yang boleh dipertunjukkan kepada umum seperti berikut:-

 

 

1.       Tidak mengandungi kepercayaan, ucapan, bacaan dan perbuatan yang berunsur syirik, kufur, keji, lucah, dan maksiat yang bercanggah dengan akidah syariah dan tata susila Islam.

 

2.       Tidak menjadi upacara keagamaan atau unsur-unsur peribadatan mana-mana agama selain dari Islam.

 

3.       Tidak mengandungi unsur-unsur kifarah seperti pemujaan roh, semangat, hantu syaitan, jin dan tempat-tempat yang dianggap keramat seperti kubur dan sebagainya.

 

4.       Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, fitnah, perkelahian dan memecah belah perpaduan umat.

 

5.       Tidak merosakkan nyawa, akal, keturunan, tubuhbadan dan hartabenda individu dan awam.

 

6.       Tiadak mengandungi unsur-unsur sihir dan penipuan.

 

7.       Tidak mengandungi unsur-unsur perjudian atau pertaruhan yang berlaku padanya untung rugi.

 

8.       Tidak dipertunjukkan oleh lelaki bersama perempuan yang bercampur aduk tanpa batas atau dipertunjukkan oleh perempuan yang mendedahkan aurat, atau lelaki yang menyerupai perempuan dan sebaliknya.

 

9.        Tidak mengganggu ketenteraman rumah ibadat Islam dan masyarakat awam.

 

10.   Tidak mengandungi unsur penyiksaan kepada binatang-binatang atau merosakkan tumbuhan -tumbuhan kecuali dengan dihalalkan oleh syariat Islam.

 

11.   Tidak mendorongkan kepada melakukan perbuatan Syirik, kufur, mungkar, maksiat, pergaduhan dan merosakkan harta benda individu dan awam.

 

12.   Tidak meIekakan daripada melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan ummah

 

Mana-mana jenis -jenis permainan atau hiburan yang bercanggah dengan mana-mana garis panduan di atas adalah haram hukumnya .

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search