INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

MENGENAI PENILAIAN DARI SUDUT ISLAM TENTANG DOKUMEN PERAKUAN AMANAH YANG DIBUAT OLEH TENGKU AHMAD BIN TENGKU ABD. GHAFAR.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

FATWA 1989

 

1.MENGENAI PENILAIAN DARI SUDUT ISLAM TENTANG DOKUMEN PERAKUAN AMANAH YANG DIBUAT OLEH TENGKU AHMAD BIN TENGKU ABD. GHAFAR.

 

Kategori   : Sosial/syariah

 

Keputusan:

 

Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang Pada 6 September 1989 telah membincangkan Mengenai Masalah Masalah Pembinaan Masjid Baru Mukim Bakong Di Bachokdan telah bersetuju memutuskan seperti berikut: 

 

Jemaah Ulama’ sepakat mengatakan bahawa hasrat yang dilahirkan oleh Al marhum Tengku Ahmad bin Tengku Abd.Ghafar dalam perakuan amanah dan akuan sumpah itu adalah wasiat. Wasiat kepada waris sah dengan tertakhluk kelulusan waris. Wasiat kepada waris yang tidak mendapat kelulusan semua waris iaitu sebahagian yang memberi kelulusan maka sah pada bahagian yang memberi kelulusan dan tidak sah pada bahagian yang tidak memberi kelulusan.

 

Huraian:

 

Jemaah Ulama’  telah memperkukuhkan pandangan mereka dengan berpandukan kitab AL-FIQH AL-ISLAMI WA ADILLATUHU karangan Doktor Wahbah Zuhaili.

 

 

الوصية للوارث, يشترط النفاذ الوصية الا يكون الموصى له وارثا للموصى عند موت الموصى, اذا كان هنالك وارث اخر لم يجز الوصية, وإن اجاز بقية الورثة, الوصية للوارث, نفدت الوصية, فتكون الوصية للوارث موفوقة على اجازة بقية الورثة لقوله صلى الله عليه وسلم: ان الله قد اعطى كل ذي حق حقه, فلا وصية لوارث وقوله ايضا, لا تجوز وصية لوارث الا أن يشاء الورثة ولأن في ايثار بعض الورثة من غير رضا الأخرين, ما بوءدي الى الشقاق والنزاع, وقطع الرحم, واثارة البغضاء والحسد بين الورثة.

 

Maksud:

 

Wasiat kepada waris disyaratkan bagi kelulusan wasiat itu, hendaklah orang yang diberi wasiat kepadanya itu bukan waris kepada orang yang berwasiat. Pada waktu berlaku kematian maka terdapat waris yang lain tidak merestui wasiat itu jika sekiranya ada baki dari waris itu merestui untuk diberikan kepada waris sah wasiat itu maka wasiat kepada waris adalah tertakluk kepada restu dari baki waris.

 

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

 

“sesungguhnya Allah telah mengurniakan kepada setiap yang berhak itu haknya maka tidak ada wasiat kepada waris”.

 

 Sabda-NYA lagi:

 

“Tidak ada wasiat kepada waris melainkan mendapat kelulusan waris-waris kerana pengambilan sebilangan waris tanpa kerelaan waris-waris yang lain akan membawa kepada perbalahan dan pertikaian, pemutusan silaturrahim dan menimbulkan kebencian hasad dengki di antara waris-waris”.

 

Syeikh Ali Khafif dalam kitabnya أحكام الوصية بحوث مقارنة juga mengemukakan pendapatnya yang sama iaitu kepada waris adalah sah akan tetapi ianya tertakhluk kepada kelulusan semua waris. Jika mereka meluluskan maka wasiat itu sah dan jika mereka tidak meluluskan wasiat itu batal.

 

Jika kiranya sebahagian daripada waris meluluskan sebahagian yang lain tidak meluluskan maka sahlah pada bahagian yang diluluskan dan batal pada bahagian yang tidak diluluskan.

 

Kelulusan dari waris diperlukan dalam melaksanakan apa yang dikehendaki oleh orang yang berwasiat dengan melaksanakan sebabnya dan melaksanakan hak mereka yang menjadi penghalang dari sahnya wasiat.

 

Wasiat lebih 1/3 kepada waris harus dengan syarat mendapat kelulusan daripada waris.

 

Wasiat مؤقتة(terhad masanya)                               Hukumnya sah

 

Wasiat مؤبدة(tidak terhad masanya)                    Hukumnya sah

 

 

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

© Copyright {2019} Jabatan Mufti Negeri kelantan. Hak Cipta Terpelihara.

Search