A- A A+
INGIN MEMBERI MAKLUMBALAS KEPADA KAMI? KLIK DISINI

Fatwa Mengenai Orang Islam Yang Berikat Dengan Orang Kafir Serta Berunding Dan Bermuafakat Pada Memerintah Sesebuah Negara

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Fatwa 3.

 

Tarikh Keputusan       : 14hb September 1963.

Status Penwartaan     : Warta

Tarikh Diwartakan      : 19hb Disember 1963.

Nombor Rujukan        : ( LAK. 1/Pt 11: M.U.574/63)

Akta/Enakmen            :  Vol. XX1. No. 299

 

 

Kategori  :  Sosial Syariah

 

Soalan       :  Fatwa Mengenai Orang Islam Yang Berikat Dengan Orang  Kafir Serta

                   Berunding Dan Bermuafakat Pada Memerintah Sesebuah Negara

                   

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

 

Bismillahirrahmanirrahim

 

Adalah Jawatankuasa Ulama’ Majlis, telah diminta oleh Majlis Agama Islam Kelantan supaya memberi “Fatwa”dari segi Ugama Islam dalam masalah: Apakah hukumnya orang-orang Islam yang berikat dengan orang-orang kafir serta berunding, bermesyuarat dan bermuafakat pada memerintah sesebuah Negara, iaitu adakah orang-orang Islam itu menjadi “kafir” ataupun “tidak kafir?

 

                                             Fatwanya

 

Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasullullah, Wa Ala Alihi Wa ashabihi Waman Walah

 

Bahawasanya kemudian daripada menyelidik, menyemak dan mengkaji akan nas-nas yang berkenaan setakat yang dijumpai dari kandungan kitab-kitab Tafsir dan lainnya yang muktabar adalah hukum atau fatwa dalam masalah atau pertanyaan yang tersebut di atas itu bagaimana di bawah ini:-

 

“Tidak jadi kafir,jikalau orang-orang Islam berikat dengan orang-orang kafir seperti yang tersebut di dalam pertanyaan itu sekiranya tidak beserta dengan rasa rela atau setuju (redha) dengan kekafirannya. Sebaliknya jikalau berserta dengan rasa rela atau setuju (redha) dengan kekafirannya maka jadi kafir, tetapi bagaimana pun adalah haram kecuali ketika terpaksa yang tak dapat dielakkan (dharurat)”.

 

                                              Catitan

 

(1) Bersetuju juga dicatitkan sebagai keputusan, bahawa nas-nas yang termaktub di dalam Tafsir Sowi itu sama sahaja maksud dan tujuannya dengan nas-nas yang didapati di dalam lain-lain kitab tafsir seperti Iklil, Khazan dan sebagainya.

 

(2) Fatwa bagaimana yang ditetapkan di atas ini adalah dengan semata-mata memandang kepada nas-nas yang didapati dari kandungan berbagi-bagai kitab tafsir dan lainnya yang muktabar tanpa menoleh kepada lain-lain sudut, yakni sewaktu menyemak dan mengkaji nas-nas itu tidaklah menujukan pandagan kearah mana-mana negara, samaada pada segi masyarakat penduduk-penduduk, undang-undang perlembagaan atau keadaan siasah Negara itu atau sebagiannya.

 

[Fatwa ini dikeluarkan menurut kuasa dibawah bab 42 [2] daripada undang-undang  Negeri Kelantan nombor 1 tahun 1953, bagi pihak dan dengan nama Majlis, pada 3.9.1963]

 

PENSIJILAN

PENSIJILAN
mpc2.jpg

Jabatan Mufti Negeri Kelantan tidak bertanggung jawab atas segala kerugian/kerosakan yang disebabkan oleh data yang diperolehi dari laman portal ini.

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800

Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Mufti Negeri Kelantan
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Jabatan Mufti Negeri Kelantan, Kompleks Islam Darulnaim, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel : 09 7482023 Faks : 09 7478170 Email : jabmufti@kelantan.gov.my
Kemaskini Terakhir :

Search